• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia X Tunggu Masa Sesuai Ke Eropah

oleh Ahmad Albab
17/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – AirAsia X menunggu masa yang sesuai untuk menyambung semula perkhidmatan penerbangannya ke Eropah, kata Pengerusi Bebas Bukan Eksekutifnya, Tan Sri Rafidah Aziz.

Bercakap kepada Bernama di luar Forum Pemasaran Asia 2018 di sini, hari ini, beliau berkata buat masa ini, penerbangan tambang rendah jarak jauh itu masih meninjau pengembangan di Asia.

“Kami menumpukan kepada bahagian pertumbuhan kami terlebih dahulu,” katanya.

Rafidah merupakan salah seorang penceramah pada forum tersebut yang dianjurkan oleh Marketing Institute of Singapore.

Beliau membicarakan tentang tajuk “The Spirit of Entrepreneurship and Marketing: Unique Challenges and Opportunities in Asia” (Semangat Keusahawanan dan Pemasaran: Cabaran Unik dan Peluang di Asia).

Bekas menteri kabinet itu berkata mana-mana perniagaan perlu mengetahui bagaimana untuk menangani keberkesanan kos.

Rafidah yang berkongsi pengalaman AirAsia X menamatkan perkhidmatan ke London dan Paris pada 2012 berkara syarikat penerbangan itu terpaksa mengambil keputusan tersebut kerana laluan itu tidak efektif dari segi kos.

“Perniagaan adalah bertujuan untuk meraih keuntungan. Kami tidak menjalankan perkhidmatan sosial dengan memberi subsidi kepada penumpang,” katanya.

Tanpa menetapkan sebarang tempoh masa, Rafidah berkata AirAsia X sedang meneliti daya maju perniagaan laluan itu sebelum menyambungnya semula.

Semasa membuat keputusan itu pada 2012, AirAsia X berkata pesawat yang digunakan bagi laluan tersebut, Airbus A340 dengan empat enjin, tidak efektif dari segi kos bagi penerbangan jarak sangat jauh dari Kuala Lumpur.

Pada April 2017, rancangan untuk menyambung semula penerbangan ke Eropah timbul semula apabila Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat penerbangan itu berhasrat melancarkan semula laluan tersebut apabila krisis Ukraine berlaku.

Bagaimanapun, dua bulan kemudiannya, Fernandes memutuskan untuk tidak menawarkan penerbangan jarak sangat jauh, dengan menyatakan ia ‘tidak relevan’ pada masa itu.

Pemerhati penerbangan berkata destinasi AirAsia X itu kemungkinan adalah London, Manchester atau malahan Dublin.

Presiden Institute of Marketing Malaysia, Datuk Sharifah Mohd Ismail turut hadir semasa Forum tersebut yang mengetuai delegasi seramai 20 orang. – BERNAMA

Tags: AirAsia X
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Tak Kata AirAsia Dapat Manfaat Prosedur ‘Offset’

07/02/2020
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak pernah menyatakan bahawa tuduhan pemberian rasuah ke atas AirAsia adalah transaksi...

Mahathir Kata Minta ‘Offset’ Bukan Rasuah

06/02/2020
0

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, permintaan mendapatkan timbal balas atau offset, adalah sesuatu yang lumrah dalam perniagaan asalkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd