• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salesforce Jadi Rakan Strategik Teknologi AirAsia

oleh AK-47
07/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AirAsia memilih syarikat pengurusan perhubungan pelanggan Amerika Syarikat, Salesforce, sebagai rakan teknologi strategiknya dalam usaha memantapkan perkhidmatan pelanggan dalam era digital.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes berkata Salesforce yang merupakan pusat pendekatan pelanggannya, akan memberikan pandangan lengkap mengenai setiap tetamu penerbangan dalam semua saluran yang membolehkannya memberikan perkhidmatan yang lebih cepat dan lebih peribadi.

“Tahun ini kami menumpukan kepada kebahagiaan tetamu. Ini bermakna kami akan mengetengahkan tetamu dan keperluan mereka dalam segala aspek yang kami laukan.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

AirAsia berkata menerusi kerjasama itu, syarikat penerbangan terbabit akan menggunakan Salesforce Sales Cloud, Service Cloud, Marketing Cloud and Community Cloud sebagai sebahagian daripada strategi untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih cepat dan lebih peribadi kepada pelanggan.

Ia berkata ejen perkhidmatan di lapan negara kini mempunyai satu pandangan yang sama dalam semua kes, daripada semua saluran sokongan – web, telefon, e-mel, sembang langsung dan komunikasi lapangan terbang – dan sejarah lengkap mereka, membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan peribadi yang lebih baik.

Syarikat penerbangan itu berkataSalesforce Community Cloud memperkasa komuniti sokongan AirAsia dalam lapan bahasa dan mengupayakan tetamu untuk melayani diri dengan pangkalan data pengetahuan.

Ia membolehkan AirAsia meningkatkan taraf perkhidmatan, meningkatkan tahap produktiviti dan keupayaan ejen perkhidmatan, sambil terus memacu industri penerbangan.

Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar, Salesforce Asia Pasifik, Mark Innes berkata dalam landskap kompetitif hari ini, syarikat penerbangan perlu menyesuaikan diri dengan keperluan pelanggan dan AirAsia merupakan contoh syarikat yang berorientasikan pelanggan yang sentiasa mendorong pelaksanaan inovasi.

“Salesforce berada pada kedudukan yang unik untuk membantu Air Asia dalam perjalanannya ke arah mengetangahkan pelanggan dan kami bangga menjadi rakan teknologi strategiknya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Tony Fernandes
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Bantu Pelajar Capai Impian Bawa Ibu Bapa Ke Tanah Suci

09/12/2018
0

KUALA NERUS - Rezeki tidak pernah salah alamat. Demikian yang terjadi ke atas seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)...

Tony Dipilih Sebagai Pengerusi PSM

26/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Pencapaian dan pengalaman tokoh korporat, Tan Sri Tony Fernandes menjadi faktor beliau dipilih bagi mengisi kekosongan Pengerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd