Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Jangan Biarkan Berseorangan Tangani...

BANDAR BAHARU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Little Caliphs Terima Pengiktirafan...

SHAH ALAM – ‘Program Little Hajj 2017’ yang disertai 5,684 kanak-kanak daripada Tadika...

Ucapan Fahmi Di Masjid...

Polis mengesahkan tidak ada sebarang unsur kempen politik dalam ucapan Menteri Komunikasi dan...

Bukti Jelas PH Salah...

MEMANG bukti cukup jelas sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Pakatan...

Agenda Perumahan, Kebajikan Warga ATM Diutamakan

KOTA BHARU – Kementerian Pertahanan akan melancarkan pelan tindakan perumahan berteraskan kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam masa terdekat, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata selain aspek perumahan, ia turut merangkumi antara lain usaha meningkatkan pendidikan dan latihan, kesihatan dan perubatan serta meringankan kos sara hidup.

“Saya percaya agenda yang kita rancang sejak tiga, empat tahun sebelum ini boleh dimanfaatkan, dirasai, dihargai kerana ia memberi keselesaan kepada anggota kita apabila mereka diarahkan ke medan nanti.

“Keluarga yang mereka tinggalkan dapat duduk dalam rumah yang selesa, anak mereka boleh ke sekolah dalam keadaan yang meyakinkan, kesihatan mereka juga diambil kira. Semua ini merupakan agenda kebajikan yang saya letak sebagai keutamaan,” katanya.

Hishammuddin bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra dan perasmian Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Desa Pahlawan di sini hari ini.

Pembinaan 384 unit RKAT Kem Desa Pahlawan yang bermula pada 13 April 2015 dan siap pada 29 Okt 2017 membabitkan kos RM97 juta.


Di bawah pelan tindakan perumahan berkenaan, 40,627 unit RKAT dicadang dibina di seluruh negara termasuk 9,096 unit yang telah dan sedang dibina. Bakinya akan dilaksana secara berfasa dan dijangka dapat disiapkan menjelang 2030.

Hishammuddin berkata kerajaan persekutuan tidak membuat janji secara bermusim dan program pembangunan yang dilakukan kerajaan tidak harus dieksploitasikan mana-mana pihak.

Yang turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa. – BERNAMA

Kategori