• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ABIM Puji Langkah Kerajaan Wujudkan NHRAP

oleh AK-47
02/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik langkah kerajaan mewujudkan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP) yang dilancarkan Perdana Menteri, Dautk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab. Rahim berkata, ia merupakan langkah awal untuk memastikan isu hak asasi di Malaysia dapat disantuni dengan lebih baik dan sistematik selaras dengan syor dari Vienna Declaration & Program Action (Vienna Declaration) 1993.

“Pelancaran NHRAP pada pagi ini dapat menunjukkan kepada dunia tentang komitmen Malaysia terhadap hak asasi manusia. Ia juga dapat meningkatkan imej negara yang bakal melalui persidangan semakan berkala sejagat (UPR) buat kali ketiga bagi Malaysia pada akhir tahun ini.

“ABIM berharap agar NHRAP dapat menjadi dokumen yang komprehensif yang menyentuh aspek hak asasi manusia secara menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Najib hari ini melancarkan NHRAP yang bakal menjadi landasan utuh dalam mentransformasikan usaha-usaha kerajaan bagi memperkukuhkan hak asasi manusia di negara ini.

NHRAP yang dibangunkan itu merupakan satu pelan yang komprehensif dengan mengambil kira aspirasi rakyat dan berdasarkan acuan Malaysia.

Ia malaha selari dengan agenda dan visi Transformasi Nasional 2050 atau TN50, melalui pendekatan bottom-up yang mengumpulkan pandangan, maklum balas dan aspirasi rakyat dalam memastikan kejayaan pelaksanaannya.

Mohamad Raimi berkata, ABIM sebagai sebuah pertubuhan belia berharap isu-isu kritikal yang berkaitan belia dapat ditambah baik terutamanya dalam aspek ekonomi, sosial dan pendidikan melalui kewujudan NHRAP.

Katanya, ABIM turut berharap isu yang bersangkut dengan hal ehwal pelarian turut ditangani sekurang-kurangnya dengan memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk bagi keterlibatan NGO menguruskan pelarian.

Justeru, katanya, bagi memastikan NHRAP dapat digerakkan mengikut hasrat yang ingin dicapai, ABIM menawarkan diri menjayakan `gendang’ NHRAP ke arah pelaksanaan Hak Asasi Manusia yang lebih komprehensif di Malaysia.

Selain itu, katanya, ABIM berharap NHRAP menjadi sebuah dokumen yang hidup, dan dinamik yang boleh disemak prestasinya dari semasa ke semasa agar prestasi hak asasi manusia di Malaysia ini sentiasa terpelihara. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AbimMohamad Raimi Ab. RahimPresiden ABIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ABIM Temui Dalai Lama, Bincang Isu Islamophobia Dan Uyghur

ABIM Temui Dalai Lama, Bincang Isu Islamophobia Dan Uyghur

21/03/2023
0

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan aktivis NGO pelbagai agama mengadakan pertemuan dengan pemimpin kerohanian Buddha, Dalai Lama di Dharamsala,...

Anwar Himpun ‘Sarjana Selebriti Islam’ Balas Sidang Kemuncak KL

05/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Anwar Ibrahim menghimpunkan sekumpulan sarjana Islam yang dari segi teologi sejajar dengan Arab Saudi untuk satu persidangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd