KUALA LUMPUR – Sebanyak 41 daripada 49 lokasi panas wabak demam denggi yang dikesan dari 4 hingga 10 Mac lalu adalah di Selangor.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisam Abdullah berkata, empat lagi lokasi panas wabak itu dikesan di Perak, tiga di Pulau Pinang dan cuma satu di Johor.
“Sempena cuti sekolah ini orang ramai disaran memastikan tiada bekas atau tempat berpotensi pembiakan Aedes ditinggalkan di rumah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Noor Hisham turut memaklumkan tiga kes Chikungunya dikesan di Kota Bharu, Kelantan dalam tempoh sama.
Menurut beliau, sebanyak 34 daripada 40 kes Chikungunya yang dikesan sejak Januari lalu adalah di Kelantan.
Kata beliau, dua kes Chikungunya dikesan di Kedah, manakala Sabah, Perlis, Selangor dan Sarawak masing-masing satu kes. – MYNEWSHUB.CC

