Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Anak Terengganu Pasang Ladam...

SETIU -  Meskipun pada awalnya bermula sebagai pekerja sambilan tetapi pengalaman selama 20...

Kematian Menantu TPM: Polis...

KUALA LUMPUR - Polis telah mengambil keterangan 11 individu dalam siasatan berhubung kematian...

Lebih Banyak Masjid, Surau...

KUALA LUMPUR - Lebih banyak masjid dan surau khususnya di kawasan zon hijau di...

Empat Mangsa Kemalangan Basikal...

JOHOR BAHRU - Empat daripada lapan remaja yang cedera ketika berbasikal di Jalan...

78 Rumah Daif Di Batu Sapi Dibaiki

SANDAKAN – Sebanyak 78 rumah milik penerima e-kasih di kawasan Batu Sapi terpilih untuk dibaiki menerusi Projek Baik Pulih Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Penolong Pengarah Giat Mara Batu Sapi Erwan Syamsudin berkata kerja baik pulih rumah tersebut dilaksanakan oleh Pusat Giat Mara Batu Sapi dengan peruntukan keseluruhan RM1.17 juta, menjadikan kos untuk setiap rumah adalah RM15,000.

Setakat ini, kerja baik pulih sudah selesai untuk 35 rumah manakala 38 rumah lagi sedang dibaik pulih dan selebihnya masih dalam proses dokumentasi, katanya ketika ditemui selepas Program Lawatan Kerja dan Sentuhan Kasih Anggota Dewan Undangan Negeri Sekong Datuk Samsudin Yahya di Kampung Sundang Laut, hari ini.

Projek tersebut melibatkan rumah di Kampung Bakau, Sundang Laut, Karamunting, Bokara, Gas, Tanah Merah, Lupak Meluas dan Bambangan.

Dalam pada itu, Samsudin berkata projek baik pulih rumah itu merupakan komitmen kerajaan dalam memberi keselesaan kepada penduduk yang berpendapatan rendah dan banyak melibatkan mereka yang tinggal di pulau dalam kawasan Batu Sapi.


Beliau berkata ia juga sejajar dengan perhatian diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang memberi banyak peruntukan menjurus kepada rakyat khususnya di kawasan luar bandar di negeri ini.

Justeru, beliau berharap peruntukan baik pulih rumah dibawa KKLW itu akan diteruskan kerana masih ramai penduduk yang memerlukan bantuan tersebut di kawasan Batu Sapi. – BERNAMA

Kategori