KUALA LUMPUR – 7-Eleven Malaysia mengadakan jualan, First Ever Sale!, di kedainya dengan diskaun 10, 30 dan 50 peratus ke atas barangan makanan dan bukan makanan terpilih, termasuk produk kecantikan.
Jualan selama sebulan bermula 6 Mac hingga 2 April itu melibatkan kedai 7-Eleven di Semenanjung Malaysia kecuali Langkawi.
Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia, Ronan Lee berkata selain jualan berkenaan, pembeli yang membelanjakan lebih RM15 dan ke atas dalam satu resit – tidak termasuk pembayaran perkhidmatan di kedai, tambah nilai dan kad hadiah – berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM85,000 dengan peraduan, ‘Have It All Contest’.
“Untuk mengambil bahagian, peserta perlu meminta resit mereka daripada juruwang, mengisi borang peraduan dengan butiran mereka dan jawab dua soalan mudah dengan betul, kemudian melampirkan borang peraduan dengan salinan asal resit mereka sebelum memasukkan borang penyertaan itu ke dalam kotak peraduan khas di mana-mana kedai 7-Eleven,” katanya.
Pemenang hadiah utama akan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, pemenang kedua dan ketiga akan menerima, masing-masing RM20,000 dan RM5,000, sementara 10 pemenang hadiah saguhati menerima RM1,000 setiap seorang.
Rangkaian kedai serbaneka itu juga akan menganjurkan peraduan #HaveItAll dalam talian dengan hadiah menarik, iPhone X 64GB, bernilai RM5,200, Sony Playstation 4 bernilai RM1,200, jam tangan G-Shock bernilai RM500 atau tiket wayang TGV bernilai RM15.
Peserta dikehendaki mengambil gambar mereka yang kreatif, saat #HaveItAll yang paling menarik dengan kapsyen dan memaparkannya di Facebook atau Instagram mereka dengan #HaveItAll dan # 7ElevenMY, untuk berpeluang memenangi hadiah.
“Bagi kami, semuanya berkaitan memberi kemudahan terbaik kepada pengguna kami, dan dengan menawarkan tawaran hebat melalui jualan First Ever Sale! dan peluang untuk memenangi hadiah wang tunai dengan Have It All Contest, kami sentiasa berusaha memberikan lebih banyak penjimatan kepada pelanggan kami dan meningkatkan pengalaman membeli-belah mereka dengan lebih banyak ganjaran,” kata Lee.
Maklumat lanjut boleh didapati di www.7eleven.com.my atau Facebook di 7ElevenMalaysia. – BERNAMA