• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

50 Peratus Calon MCA ‘Orang Muda’ – Liow

oleh Ahmad Albab
16/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 50 peratus daripada calon yang dicadangkan MCA untuk bertanding mewakili parti komponen Barisan Nasional (BN) itu pada pilihan raya umum ke 14 (PRU14) terdiri daripada muka baharu dan ‘orang muda’, kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata senarai calon parti itu telahpun diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi BN dan kini hanya menunggu pengumuman calon muktamad yang dipilih untuk bertanding.

“BN kini mahu menumpukan perhatian pada golongan dan hasrat orang muda kerana kita tahu masa depan negara ini bergantung kepada generasi muda kini.

“Dan kerana itu kita lebihkan pembabitan dengan orang muda sebab kita mahu ‘tenaga’ dan ‘kedinamikan’ yang ada pada golongan muda bersama-sama pimpinan sedia ada bagi membangunkan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-69 MCA Terengganu di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi MCA Terengganu Datuk Toh Chin Yau dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu Datuk Mohd Sabri Alwi.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan dan Anggota Parlimen Bentong berkata calon-calon yang dikemukakan adalah yang berwibawa dan diyakini boleh menang.

“Ini kerana mereka terdiri daripada calon yang dipilih sendiri oleh rakyat dan bersedia memberikan sepenuh komitmen untuk berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau turut mengingatkan anggota MCA terutama golongan muda agar tidak mudah ‘terganggu” dengan agenda pihak pembangkang yang sering mengapi-apikan dengan elemen kebencian dan tohmahan terhadap kerajaan pimpinan BN.

“Agenda mereka hanya mahu memecahbelahkan masyarakat dan ini akan menjadikan rakyat pasif dan tidak bersatu dan menyebabkan kita akan kalah dalam PRU kelak.

“Ini yang mereka mahukan iaitu kemenangan mudah dalam PRU apabila rakyat berpecah-belah dan akhirnya membawa kehancuran kepada negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malindo Air Adakan Semula Penerbangan Ipoh-Medan

Next Post

Kemalangan: Trafik Perlahan Dari Tol Ipoh Ke K.Kangsar

Related Posts

Lepas Jawatan Presiden Langkah Hormat Pulih MCA

24/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dinasihat melepaskan jawatan sebagai satu tindakan hormat bagi memulihkan parti...

Jangan Lagi Termakan Racun DAP – Liow

04/05/2018
0

JANGAN LAGI TERMAKAN RACUN DAP - LIOW BENTONG, 4 Mei (Bernama) -- DAP sebuah parti yang hanya datang bersama 'racun'...

Next Post

Kemalangan: Trafik Perlahan Dari Tol Ipoh Ke K.Kangsar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd