• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Mayat Dipercayai Kru Kapal Ditemui Setakat Tengah Hari

oleh Ahmad Albab
24/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Satu mayat wanita dan dua mayat lelaki dipercayai kru kapal korek pasir yang terbalik Rabu lepas, dijumpai menjadikan kesemuanya empat mayat sudah ditemukan, setakat tengah hari tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Wilayah Selatan, Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata mayat wanita itu ditemui dalam kabin kapal tersebut manakala dua mayat lelaki berkenaan dijumpai di luar kapal berkenaan.

“Mayat wanita itu berkemungkinan besar warga China, tetapi dua mayat lelaki, kita kena tunggu proses pengecaman untuk mengetahui identiti,” katanya kepada pemberita di lokasi Pos Kawalan SAR Pantai Leka di sini hari ini.

Sanifah berkata mayat wanita itu ditemui dalam keadaan terapung kira-kira 11 pagi ini, sementara satu mayat lelaki dijumpai di perairan Parit Haji Baki, kira-kira enam batu dari Parit Jawa sekitar 12 tengah hari tadi, manakala satu lagi mayat lelaki ditemui pada 8.15 malam tadi, kira-kira dua batu dari Tanjung Tohor.

Sebelum ini, satu mayat lelaki sudah dijumpai pada hari kejadian (Rabu).

Sehingga kini, operasi SAR berjaya menjumpai lima mangsa yang selamat dan empat mayat, dengan dua yang meninggal dunia masih belum dikenal pasti kerana ditemukan di luar kapal tersebut.

Operasi mencari dan menyelamat kru kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 yang terbalik itu kini diperluas ke 190 batu nautika dari lokasi kapal itu terbalik.

Operasi SAR yang masuk hari keempat hari ini melibatkan 70 penyelam yang bertugas secara bergilir melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan penyelam profesional yang diupah syarikat kapal itu.

Operasi SAR dilakukan 24 jam secara berterusan dengan operasi mencari dalam kapal mencapai 90 peratus selain melibatkan pencarian di atas permukaan air dan helikopter yang memantau sekitar lokasi kapal.

“Kita sentiasa percaya mereka masih boleh diselamatkan dan kita akan terus memperluaskan kawasan pencarian disebabkan beberapa mayat dijumpai di luar kapal,” katanya ketika ditanya kebarangkalian mangsa yang masih hilang ditemukan selamat.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Muar Dr Noorhaida Ujang berkata dua mangsa yang dijumpai semalam, kini ditempatkan di wad biasa.

“Kedua mangsa semalam tidak mengalami sebarang kecederaan cuma berada dalam keadaan lemah kerana tidak makan,” katanya.

Sementara itu, lima mangsa lelaki yang ditemui selamat dikenali sebagai Liang Puzeng, Jiang Chunlin, Liu Konggan, Liang Rongbin dan Wu Liangfu.

Dalam kejadian 7.50 pagi pada Rabu itu, 14 kru kapal korek tersebut dilaporkan terperangkap manakala empat dapat dikeluarkan pasukan SAR dengan seorang daripadanya ditemui lemas. – BERNAMA

Tags: kapal karam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

12 Mayat Tragedi Kapal Karam Di Laut China Selatan Ditemui

12 Mayat Tragedi Kapal Karam Di Laut China Selatan Ditemui

04/07/2022
0

BEIJING – Sebanyak 12 mayat ditemui susulan insiden sebuah yang kapal karam di Laut China Selatan pada hujung minggu lalu...

Seorang Maut Kapal Dayang Topaz Karam Di Kuala Baram

27/10/2020
0

MIRI - Seorang kru kapal penyelenggaraan minyak dan gas Dayang Topaz maut selepas kapal berkenaan karam di perairan kira-kira 7.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd