• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

38 Orang Asli Dilantik Sebagai Renjer Hutan APM

oleh Ahmad Albab
23/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Seramai 38 masyarakat Orang Asli dilantik sebagai Renjer Hutan Angkatan Pertahanan Awam (APM) di Kelantan bagi membantu Jabatan Perhutanan mengawal pencerobohan di kawasan rimba.

Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Azmy Yahya berkata program itu akan diperluaskan ke Terengganu, Pahang dan Perak dengan lebih ramai kalangan masyarakat Orang Asli dilantik untuk tujuan sama.

“Renjer hutan Orang Asli ini akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk melaksana tugas rondaan di hutan.

“Mereka akan bertindak sebagai ‘mata dan telinga’ kerajaan dalam menangani sebarang insiden yang berlaku di kawasan mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian Watikah Pegawai Kehormat dan Bersekutu serta Pelancaran Skuad Sukarelawan APM Parlimen Gua Musang di Dewan Pusat Sivik di sini, malam tadi.

Majlis yang dirasmikan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah itu turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh Datuk Nozula Mat Diah, ADUN Galas Ab Aziz Yusof dan Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Mohd Taufik Maidin.

Pada majlis itu Tengku Razaleigh juga dilantik sebagai Penolong Persuruhjaya Kehormat APM.

Selain itu, Azmy berkata Skuad Sukarelawan dalam komuniti kini ditubuhkan di seluruh negara dengan dianggotai pemimpin masyarakat dan penduduk setempat supaya tindakan segera dapat diambil jika berlaku bencana di sekeliling mereka.

Beliau berkata Skuad Sukarelawan ini akan diberi latihan asas tugas menyelamat agar mereka dapat memberi bantuan awal sebelum anggota APM tiba ke lokasi.

Katanya APM merancang untuk menambah keanggotaannya kepada tiga juta pada tahun ini berbanding 2.1 juta anggota sedia ada. – BERNAMA

Tags: APMRenjer Hutan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kaji Selidik ‘Respons Rakyat’ Jangka BN Menang PRU14

Next Post

Pendatang Baharu Perlu Elak Bersifat Diva

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

Harga Petrol RON97, RON95, Diesel Kekal

Harga Petrol RON97, RON95, Diesel Kekal

04/01/2023
0

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel, masing-masing kekal bagi tempoh 5 hingga 11 Januari ini. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Pendatang Baharu Perlu Elak Bersifat Diva

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd