• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Ditahan Bersama 21.5kg Daun Ketum

oleh Ahmad Albab
25/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Dua lelaki bersama 18 guni berisi 21.5 kilogram (kg) daun ketum bernilai ribuan ringgit yang disumbat dalam sebuah kereta dipercayai untuk dihantar ke Kelantan, ditahan polis di Jalan Perai di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata sepasukan polis yang sedang menjalankan ops cegah jenayah menahan sebuah kereta jenis Honda City dalam keadaan mencurigakan dinaiki dua lelaki berusia 24 dan 25 tahun berkenaan kira-kira 1.45 pagi.

“Terdahulu pemandu kereta itu cuba memecut kenderaan berkenaan namun polis berjaya mengejar sebelum menahan kereta tersebut serta pemeriksaan mendapati terdapat 18 bungkusan hitam mengandungi daun ketum.

“Berdasarkan siasatan dua lelaki itu datang dari Kelantan dan mengambil bekalan daun ketum di negeri ini untuk dibawa balik ke sana sebelum ia diproses menjadi air ketum serta dijual kepada pelanggan mereka,” katanya di sini hari ini.

Katanya dua lelaki itu dipercayai anggota sindiket menjual air ketum di Kelantan dan mereka mendapat upah ratusan ringgit setiap kali datang mengambil bekalan daun ketum di Pulau Pinang.

Nik Ros Azhan berkata dua lelaki itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menahan dua lelaki berusia 33 dan 36 tahun kerana terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal di sekitar daerah SPT dalam serbuan di Flat Seri Impian, di sini semalam.

Beliau berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis menyerbu sebuah rumah di situ kira-kira 6.15 petang dan seorang daripadanya cuba melarikan diri namun pihaknya berjaya menahan mereka sebelum merampas dua motosikal jenis Honda Ex-5 yang dilaporkan hilang baru-baru ini.

“Polis turut merampas pelbagai komponen motosikal yang telah dileraikan dan berdasarkan siasatan dua lelaki yang tidak bekerja itu terlibat dalam kegiatan berkenaan sejak tahun lepas,” katanya.

Katanya dua lelaki yang positif dadah itu kini direman dan berdasarkan siasatan mereka terlibat sekurang-kurangnya 15 kes curi motosikal di sekitar daerah SPT. – BERNAMA

Tags: Daun Ketum
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Bawa Daun Ketum Ditahan Selepas Larikan Diri Sejauh 15 KM

Lelaki Bawa Daun Ketum Ditahan Selepas Larikan Diri Sejauh 15 KM

26/03/2023
0

JELI : Tindakan seorang lelaki melarikan diri sejauh 15 kilometer (km) sambil membawa daun ketum seberat 560 kilogram (kg) gagal...

Lelaki Thai Cuba Seludup Keluar Minyak Masak Bersubsidi Ditahan

16/05/2022
0

KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup keluar lebih kurang 780 kilogram (kg) daun ketum dan 150...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd