• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Gol Silva Bantu Man City Hampiri Kejuaraan

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

STOKE-ON-TRENT, England – David Silva meledak dua gol menakjubkan ketika Manchester City semakin hampir merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris di bawah kendalian Pep Guardiola dengan kemenangan selesa 2-0 ke atas Stoke, sebentar tadi.

Selepas mengembalikan semula kelebihan 16 mata di puncak carta, kemenangan terbaru membolehkan City berpotensi memastikan kejuaraan awal bulan depan apabila mereka melayan pasukan tangga kedua yang juga musuh setempat United dalam pertembungan jiran tetangga Manchester.

Ia hanya mengambil masa sembilan minit buat City untuk merobek pasukan Stoke yang kelihatan hampir pasti mengalami penyingkiran musim ini.

Seperti beberapa kes sebelum ini, gol itu hadir menerusi rentak pantas dan kehebatan serangan balas selepas penyerang Gabriel Jesus turun sedikit ke bawah dan terbabit dalam gerakan gol.

Dia mengumpan kepada Raheem Sterling, yang meluru di bahagian sayap kanan dan hantaran silang penyerang England itu menemui Silva yang mudah merembat masuk dari jarak 12 ela.

Sebaik Silva meraih gol kedua, bermula daripada serangan balas pertama pada babak kedua, sukar untuk melihat tuan rumah melakukan kebangkitan.

Usaha itu tetap menarik seperti gol pertama, selepas Fernandinho memenangi perebutan bola dan mengumpan kepada Silva yang bertukar hantaran sempurna dengan Jesus.

Silva menyudahkannya, melepasi jangkauan Jack Butland yang meluru keluar, melengkapkan persembahan yang mengagumkan memandangkan pemain Sepanyol itu akhir-akhir ini kerap pulang ke negaranya untuk menghabiskan masa dengan anak lelaki yang baru lahir.

Jaringan pada minit ke-50 itu menyaksikan keyakinan City makin memuncak, dengan rembatan Jesus terkena tepi jaring dan gelecekan menarik Sterling hampir menyebabkannya meletakkan bola ke dalam jaring sebelum ditampan Butland. – AFP/BH ONLINE

Tags: David SilvaManchester City
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Liverpool Kekal Di Puncak, Manchester City Terkulai

11/11/2019
0

LONDON - Liverpool terus kekal di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan bergaya 3-1 ke atas penyandang juara, Manchester City...

Kolaborasi Dengan Manchester City Pasti Jadi Kenyataan

29/05/2019
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan akan memastikan kolaborasinya dengan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City menjadi kenyataan. Menterinya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd