• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,600 Dijangka Sertai Larian Ria Sukan Asia Ke-18

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 1,600 peserta tempatan dan luar negara dijangka mengambil bahagian di dalam Larian Ria Sukan Asia Ke-18 Jakarta-Palembang yang berlangsung esok di Dataran Merdeka, di sini.

Wakil Majlis Olimpik Asia (OCA), Wissam Trkmani berkata larian itu dianjurkan oleh ahli gabungan mereka yang antaranya bermatlamat untuk mempromosi sukan empat tahun sekali itu kepada umum.

“Bagi pihak OCA, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Majlis Olimpik Malaysia (OCM) kerana menganjurkan larian ria ini yang bermula sejak Sukan Asia Doha 2006 di Qatar.

Sebelum Malaysia, larian ria ini telah diadakan di beberapa negara Asia termasuk Pakistan, Bangladesh, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Bahrain serta Lubnan, dan saya berharap peserta-peserta akan merasa seronok dengan acara esok,” kata Wissam pada sidang media mengenai larian itu di bangunan OCM di sini hari ini.

Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan dalam larian ria yang bermula dan berakhir di Dataran Merdeka, iaitu lelaki dan wanita (15 tahun dan ke atas) melibatkan jarak 10km dan juga satu larian sejauh lima km yang juga terbuka kepada kanak-kanak 12 tahun ke bawah termasuk warga emas.

Lima belas peserta teratas yang menamatkan larian dalam kategori terbuka lelaki dan wanita akan menerima sijil dan juga pingat khas, manakala 10 peserta teratas yang menamatkan larian sejauh lima km itu akan menerima sijil dan juga pingat kenangan.

Sukan Asia 2018 akan berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 Sept depan di Indonesia. – BERNAMA

Tags: larian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Remaja 15 Tahun Ini Bakal Jadi ‘Usain Bolt’ Malaysia?

23/04/2019
0

LARIAN seorang pelajar yang menyertai acara 100 meter di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019 (MSSM) menjadi bualan hangat para...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd