• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Pam Api Mudah Alih Bantu Cegah Kebakaran Peringkat Awal

oleh AK-47
23/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Lima belas Pasukan Bertindak Kecemasan Komuniti (CERT) di Sarawak hari ini masing-masing menerima sebuah enjin pam api mudah alih bagi membantu pasukan penyelamat dan agensi bantuan kecemasan mencegah kebakaran.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pam api mudah alih​​​ tersebut membolehkan masyarakat setempat bertindak serta merta dan menjadi orang pertama menstabilkan keadaan di tempat kejadian sementara menunggu ketibaan agensi bantuan khususnya di kawasan pedalaman.

Lima belas pasukan CERT ialah dari kawasan Batu Kawa, Simpok, Senah, Rayang, Bunan Gega, Buntal, Sebuyau, Tanjung Engkabang di Sri Aman; Engkelili, Debak, Sungai Jih di Kanowit; Kemunting dan Jepak di Bintulu, Belaga, Nanga Medamit di Limbang serta Long Sukang di Lawas

“Bencana kebakaran memang selalu berlaku di negeri ini, mengikut laporan yang saya terima dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak kerugian yang kita alami dari bencana ini hampir mencecah RM100 juta pada tahun 2016 dan 2017,” katanya.

Uggah yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyerahan 15 unit enjin pam api mudah alih tersebut di sini hari ini.

Pasukan CERT merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri dalam memberi kesedaran kepada komuniti atau masyarakat tentang berbagai jenis kecemasan atau bencana yang mungkin berlaku di kawasan setempat. – BERNAMA

Tags: Datuk Amar Douglas Uggah EmbasPam Api
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahathir Dijemput, Bukan Tiba Mengejut

Next Post

Hati-Hati… Bahaya Minum Teh Ketika Perut Kosong!

Related Posts

Pemimpin Komuniti Pantau Projek Elak Kerja Kurang Bermutu

08/10/2018
0

BETONG – Pemimpin komuniti kini boleh memantau rapi pelaksanaan projek pembangunan kerajaan di kawasan mereka bagi mengelak kerja kurang bermutu,...

Pembangkang Kitar Semula Isu Royalti Minyak Sarawak

11/03/2018
0

MIRI – Barisan Nasional (BN) yakin isu royalti minyak yang akan diketengahkan oleh Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya ke-14...

Next Post

Hati-Hati... Bahaya Minum Teh Ketika Perut Kosong!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd