• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Pasukan Liga-M Diberi Tempoh 14 Hari

oleh AK-47
05/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU — Sebanyak 10 pasukan yang gagal melengkapkan pendaftaran Liga Malaysia (Liga M) sebelum ini boleh menarik nafas lega apabila Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) memberi tempoh 14 hari untuk berbuat demikian.

Keputusan tersebut diambil pada mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah FMLLP yang dipengerusikan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), menegaskan hukuman pemotongan mata selain denda dikenakan sekiranya pasukan-pasukan tersebut masih gagal memperbaiki kesilapan mereka dalam tempoh berkenaan.

“Kita beri peluang kedua kepada pasukan-pasukan ini untuk memperbetulkan apa yang perlu diperbetulkan selama 14 hari in…semua kena ikut peraturan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu di sini hari ini.

Selain isu pendaftaran, katanya, mereka turut membincangkan terma dan syarat wang penajaan yang akan diterima bagi menambahbaik infrastruktur kesemua padang bola sepak yang ada selain penganjuran program-program akar umbi.

Pada 19 Feb lalu, FMLLP mendedahkan empat pasukan Liga Super dan enam dari Liga Premier gagal melengkapkan pendaftaran pasukan selepas tarikh akhir menghantar dokumen pada 3 Feb.

Dua pasukan Liga Super iaitu Kelantan dan Kuala Lumpur tidak menghantar atau menghantar dokumen tidak betul manakala Selangor dan PKNS FC menghantar dokumen melepasi tarikh akhir yang diberikan.

Bagi Liga Premier pula, empat pasukan tidak melengkapkan dokumen pendaftaran iaitu Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala dua pasukan menghantar dokumen melepasi tarikh akhir yang ditetapkan iaitu MIFA dan UKM FC yang menghantar dokumen pada 15 dan 19 Feb.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata antara perkara yang akan dibangkitkan dalam Kongres FAM pada 25 Mac depan ialah mengenai perubahan perlembagaan FMLLP.

Ia termasuk memisahkan jawatan Pengerusi FMLLP dan Presiden FAM di mana jawatan pengerusi FMLLP boleh disandang oleh sesiapa yang dipilih oleh 24 pasukan dalam badan itu dan tidak semestinya Presiden FAM.

“Ini merupakan satu perubahan yang besar di mana untuk pertama kalinya 24 pasukan dalam FMLLP boleh memilih dan mengundi pengerusi mereka sendiri dan bukan tertakluk kepada siapa yang dipilih sebagai presiden FAM.

“Dengan perubahan ini, kita akan selari dengan liga-liga dunia yang lain. Isu ini juga sama seperti pemilihan persatuan bola sepak negeri di mana seseorang yang dilantik menjadi menteri besar secara automatik akan menjadi presiden persatuan bola sepak negeri.

“Tetapi Tunku Ismail berhasrat memisahkan politik dengan bola sepak agar kestabilan FMLLP lebih terjamin,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Salleh Gembira Agong Sokong RUU Berita Palsu

Next Post

Rakyat Sarawak Tunggu Umum Hak Dikembali

Related Posts

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

29/05/2025
0

PETALING JAYA: Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kekal 'teguh' dalam usaha untuk melucut hak aset milik bekas Menteri Kewangan,...

MCMC Siasat Video Pijak Gambar Jalur Gemilang Di TikTok – Fahmi

MCMC Siasat Video Pijak Gambar Jalur Gemilang Di TikTok – Fahmi

29/05/2025
0

Tokyo: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memulakan siasatan terhadap video siaran langsung di aplikasi TikTok yang memaparkan individu memijak gambar...

Next Post

Rakyat Sarawak Tunggu Umum Hak Dikembali

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd