• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zulfahmi Yakin Kepakaran Dimiliki SIC Racing Team

oleh Ahmad Albab
15/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin yang bakal membuat penampilan sulung dalam perlumbaan kelas c musim 2018 bersama SIC Racing Team, percaya beliau berada dalam pasukan terbaik untuk berdepan saingan perlumbaan yang mencabar musim ini.

Zulfahmi, 26, berkata kepakaran serta pengalaman luas dimiliki ketua jurutera, Fausto Bencivenni Pons amat ditagih bagi memantapkan persediaan pasukan menjelang perlumbaan pertama di Grand Prix (GP) Qatar, pertengahan Mac ini.

Meskipun menyedari bakal bersaing dengan barisan pelumba terbaik dunia, Zulfahmi yang sebelum ini pernah berlumba dalam kelas Moto3, menyifatkan ia satu cabaran perlu ditempuh setiap pelumba dalam meniti kejayaan.

“Saya yakin pasukan ini mempunyai barisan jurutera dan mekanik terbaik, selain jentera yang hebat untuk bersaing bagi mendapatkan keputusan yang baik di penghujung musim ini. Jadi saya amat berterima kasih di atas peluang diberikan.

“Selepas ditawarkan peluang berlumba bersama SIC Racing Team, saya rasa ini satu peluang keemasan yang tidak patut saya lepaskan dan saya sahut cabaran ini untuk berlumba di Moto2 pada tahun ini,” katanya kepada pemberita pada sesi memperkenalkan pelumba dan jentera baharu SIC Racing Team di sini, hari ini.

Pada masa sama, Zulfahmi berkata beliau dan pasukan masih dalam fasa persediaan rapi, dan ujian tertutup di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selama tiga hari bermula esok, akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengumpul data-data penting berkaitan jentera baharunya.

“Masa sedikit suntuk terutama bagi saya dan pasukan kerana saya masih perlu menyesuaikan diri dengan jentera Moto2. Setakat ini, saya sudah menyertai ujian di Valencia, Sepanyol tetapi tidak banyak data yang dapat dikumpulkan berikutan cuaca buruk di sana.

“Saya percaya ujian tertutup di Sepang adalah ujian paling bermakna bagi saya, dan saya yakin akan dapat lebih menyesuaikan diri bersama jentera di sini,” katanya.

Untuk rekod, Zulfahmi pernah bersaing dalam Moto3 dengan pencapaian dua kali podium pada 2012. – BERNAMA

Tags: Moto2
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KIP Berjaya Jalani Surgeri Jari Di Sepanyol

14/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Penunggang Moto2 kebangsaan, Khairul Idham Pawi berjaya menjalani surgeri tangan kanannya di Hospital Universitari Dexeus di Barcelona,...

Kip, Zulfahmi Gagal Dapatkan Mata Pada GP Qatar

19/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Dua pelumba Moto2 Malaysia, Khairul Idham Pawi dan Zulfahmi Khairuddin, gagal mengutip sebarang mata pada perlumbaan pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd