• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zul Akui Bukan Mudah Lakon Babak Mesra Dengan Lofa

oleh AK-47
19/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERTAMA kali bergandingan, hero drama bersiri Ti Amor Sweetheart 100 Hari iaitu Zul Ariffin mendedahkan bahawa berlakon adegan mesra dengan Neelofa bukanlah mudah kerana mereka tidak saling mengenali sebelum ini.

Zul atau Zulkifli Ariffin, 32, berkata, siruasi yang diletakkan terhadap mereka adakalanya memang amat memalukan dan janggal, namun mereka harus bersikap profesional demi kepuasan penonton.

Malah, Zul turut menyatakan penghargaannya kepada krew produksi yang bertungkus-lumus memastikan jalan cerita drama bersiri itu dapat direalisasikan dengan sempurna.

Menggunakan platform Instagram untuk meluahkan perasaannya, Zul memuat naik sebuah entri yang menunjukkan salah satu babak daripada drama tersebut yang kini dalam proses penggambaran di Rom, Itali.

So this is the actual situation on set, when two actors who may not be familiar with each other are placed in moments where they have to seem like they have known each other for years. It can be awkward, it can be slightly embarrassing but at the end of the day, it is all about being able to put something on screen which is not only sweet, believable and convincing to the audience but also being able to deliver the story that the whole team has worked hard to put together. The actors have the opportunity to be seen on screen but every single shot depends on teamwork and how seamlessly we, as a team, present this story to you, the audience and the fans. We hope that you will enjoy the end result😉 . #tiamosweetheart100hari

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on Feb 17, 2018 at 9:24am PST

“Ini apa sebenarnya yang berlaku di lokasi penggambaran, apabila dua pelakon yang tidak mengenali diri masing-masing sebelum ini diletakkan di dalam situasi di mana mereka perlu berpura-pura seperti sudah lama intim.

“Adakalanya memang terasa janggal, adakalanya sedikit memalukan tetapi pokoknya ianya bukan sahaja setakat mewujudkan sesuatu yang boleh meyakinkan penonton tetapi juga untuk memberikan persembahan yang terbaik berdasarkan jalan cerita yang telah disiapkan dengan penuh penat lelah oleh pasukan produksi,” tulisnya.

Zul turut menyampaikan bahawa meskipun penonton hanya dapat melihat pelakon sahaja melalui skrin televisyen, namun sebenarnya disebalik tabir terdapat pasukan krew yang bekerja keras untuk memastikan cerita tersebut digarap dengan baik.

“Pelakon dapat dilihat menerusi skrin tetapi setiap babak itu adalah bergantung kepada hasil kerja berpasukan dan bagaimana kami persembahkan kepada anda.

“Kami berharap anda akan menyukai produknya nanti,” tulisnya lagi.

Baca: Terlalu Mesra, Peminat Suruh #Zulofa Nikah!

Juga: Demi Jayakan Watak, Netizen Terkejut Lofa ‘Peluk’ Zul

Kehangatan drama bersiri tersebut sudah pun terasa meskipun masih belum ditayangkan.

Ini kerana, ramai yang merasakan gandingan Zul dan Neelofa benar-benar secocok dan mempunya on-screen chemistry yang begitu kuat.

Malah, tanda pagar yang sedang trending di Instagram kini adalah daripada gabungan nama kedua-dua peneraju utama drama ini iaitu #zulofa!

Kami juga tidak sabar untuk menyaksikan buah tangan terbaru Micheal Ang yang terkenal kerana berjaya ‘menyatukan’ pasangan pelakon utamanya seperti hubungan cinta tak kesampaian Fattah-Neelofa menerusi Suri Hati Mr. Pilot dan Fattah-Fazura yang akhirnya berkahwin setelah bergandingan dalam drama Hero Seorang Cinderella. – MYNEWSHUB.CC

Tags: NeelofaZul Ariffinzulofa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Letusan Besar Sinabung, Abu, Asap Setinggi 5KM

Next Post

DBKL Lanjut Tempoh Diskaun Kompaun Hingga 30 Jun

Related Posts

Zul Ariffin Disiasat Angkara Babak Lucah

22/03/2022
0

PUTRAJAYA – Pelakon, Zul Ariffin akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) susulan tindakan memuat naik klip...

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Next Post

DBKL Lanjut Tempoh Diskaun Kompaun Hingga 30 Jun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd