• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Ziarah Rakan Karib Sempena Tahun Baharu Cina

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Seperti tahun-tahun sudah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini meneruskan tradisi beliau mengunjungi kediaman rakan karibnya, Beh Song Wan bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina di Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini.

Beh, 55 yang merupakan rakan karib Ahmad Zahid sejak 27 tahun lalu, menyediakan hidangan seperti kari kepala ikan sembilang, udang galah, pecal, mi goreng, pulut panggang serta limau mandarin untuk Ahmad Zahid serta 200 hadirin.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk tiba kira-kira 10.10 pagi dan meluangkan masa setengah jam di kediaman Beh sambil beramah mesra dengan anggota keluarga Beh.

Pemimpin nombor dua negara itu turut berkesempatan menggaul ‘yee sang pecal’ bersama-sama anggota keluarga Beh termasuk ibunya Cheah Seoh Lian, 77 yang merupakan ibu angkat Ahmad Zahid.

Beh yang mesra dipanggil Bujang oleh Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita kemudian, berkata kehadiran Ahmad Zahid amat bermakna kerana timbalan perdana menteri itu tidak pernah melepaskan peluang menziarahi keluarganya ketika sambutan Tahun Baharu Cina.

“Saya seronok kerana walaupun beliau sibuk, beliau tidak pernah terlepas peluang datang menziarah kami apabila Tahun Baharu Cina. Ini kali kelima beliau datang selepas kami berpindah ke rumah baharu dan sebelum ini beliau datang ziarah ke kedai sahaja,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd