• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Politeknik PD Baik Pulih 44 Rumah Daif

oleh Ahmad Albab
09/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Warga Politeknik Port Dickson (Politeknik PD) telah membaik pulih 44 rumah daif, melibatkan peruntukan RM195,000 sejak Oktober lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri Linggi, Datuk Abdul Rahman Mohd Redza berkata seramai 130 pensyarah dan pelajar Politeknik PD terlibat dalam program yang selaras dengan falsafah kerajaan negeri ini iaitu ‘Memakmurkan Negeri dan Mensejahterakan Rakyat’.

“Antara kerosakan yang dibaik pulih ialah bumbung bocor, dinding rosak, tandas, sistem pendawaian elektrik dan apa-apa sahaja yang melibatkan aspek keselamatan penduduk rumah tersebut.

“Kami menerima peruntukan daripada Unit Pelakasanaan dan Pemantauan bawah Jabatan Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas Penutup Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Baik Pulih Rumah Penduduk Parlimen Teluk Kemang, di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pemilik rumah, Yati Jamaluddin, 34, berkata bantuan baik pulih rumahnya yang daif ini sedikit sebanyak telah meringankan bebannya.

“Saya sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi bantuan ini. Keadaan rumah saya sebelum ini agak teruk dengan bumbung bocor, dinding rosak dan cermin pecah,” katanya.

Yati, yang bekerja sebagai pekerja pembersihan, mendiami rumah itu bersama tujuh anggota keluarga lain iaitu suami, tiga anak, ibu yang uzur serta kakak dan abangnya yang juga orang kelainan upaya. – BERNAMA

Tags: rumah daif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nikmat Sambut Aidilfitri Berakhir Sejak 24 Tahun Lalu

22/05/2018
0

SEREMBAN - Seorang warga emas yang tinggal sendirian di sebuah pondok usang di sini memberitahu bahawa kali terakhir beliau menyambut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd