Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Menjenamakan Semula Profesion Pembantu...

PUTRAJAYA - Tugas pembantu rumah atau 'amah' masih dilihat dari sudut negatif, walaupun...

Cabaran Blue Whale Dorong...

PERMAINAN Blue Whale atau paus biru yang mengarahkan pesertanya terutama remaja supaya bunuh...

Jumlah Kelahiran Di Malaysia...

PUTRAJAYA - Jumlah kadar kelahiran di Malaysia menunjukkan penurunan manakala kadar kematian pula...

JPAM Kelantan Tubuh Pasukan...

KOTA BAHARU - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kelantan menubuhkan Pasukan Kecemasan Komuniti...

Wabak Rabies Di Sarawak Disahkan Terkawal

SHAH ALAM – Wabak rabies atau anjing gila di Sarawak dalam keadaan terkawal walaupun terdapat satu kes kematian terbaru akibat wabak berkenaan Ahad lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kes kematian lelaki berusia 59 tahun itu merupakan kes lama pada November tahun lepas.

“Wabak rabies masih lagi terkawal, saya nasihatkan sesiapa yang terkena gigitan anjing agar segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan.

“Jika terkena gigitan anjing, segera cuci tempat gigitan dan terus datang ke hospital untuk dapatkan vaksin,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis ramah mesra bersama Anggota Lembaga Pelawat dan Panel Klinik Kesihatan Selangor di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan lelaki itu meninggal dunia pada pukul 4.44 petang Ahad lepas selepas dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) 25 Jan lepas.

​​​​​​​​​​​​​​Mangsa dilaporkan mempunyai sejarah digigit anjing pada 27 Nov tahun lepas dan hanya mendapatkan rawatan di klinik swasta tetapi tidak dirujuk ke HUS untuk disuntik vaksin.


Hilmi berkata setakat semalam, enam kematian telah dilaporkan akibat wabak itu dan kementeriannya sedang bekerjasama dengan Jabatan Veterinar Kuching untuk mengekang wabak berkenaan.

Sejak Jun tahun lepas tujuh orang dimasukkan ke beberapa hospital sekitar Sarawak akibat digigit anjing di mana enam meninggal dunia termasuk yang terbaru Ahad lepas dan hanya seorang sahaja selamat.

Pada majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM300,000 kepada 60 buah klinik kesihatan dan RM120,000 kepada 12 buah hospital seluruh Selangor. – BERNAMA

Kategori