• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Tembak Kepala Sendiri Lepas Dicabar Bapa

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADAH mencabar anak tidak bertempat, seorang bapa menyesal tak sudah apabila anak lelakinya maut gara-gara tertembak diri sendiri menggunakan sepucuk pistol, pada Sabtu lalu.

Insiden mengejutkan itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pada malam Sabtu lalu di sebuah premis perniagaan yang juga merupakan kediaman mereka sekeluarga di Pattaya, Thailand.

Bapa berkenaan, Anupap Boonrod ketika kejadian dikatakan naik berang dengan mangsa, Tossawat Boonrod, 21, kerana kerap habis masa bermain telefon bimbit dan tidak mahu bantu ibunya menguruskan kedai mereka.

Kesal teguran tidak diendahkan, Anupap yang juga merupakan seorang anggota polis kemudian mengeluarkan pistolnya yang berisi peluru hidup dan meletakkan senjata api tersebut di atas meja.

Dia kemudian mencabar Tossawat menembak diri sendiri atau berhenti membuang masa dengan aktiviti yang dianggap tidak mendatangkan faedah itu.

Tanpa diduga, Tossawat mengambil pistol itu lalu mengacu tepat di bahagian telinga kanan sebelum melepaskan tembakan dan kejadian itu berlaku di depan mata ibu mangsa.

Terkejut dengan bunyi tembakan itu, si bapa pada awalnya menyangka mangsa menembak ke tempat lain lalu melempang kepala anaknya itu.

Akibatnya, mangsa yang terdahulu mati dalam keadaan terduduk, terjatuh ke lantai dan saat itu barulah dia menyedari anaknya sudah mati, lalu mengelupur di lantai menyesali perbuatannya itu.

Ibu mangsa kemudian segera meluru ke arah mangsa dan mengambil dan membuang pistol tersebut kerana bimbang suaminya akan bertindak sama seperti mangsa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: CCTVInsiden TembakanThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd