• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Mesin Wang Kedai Mamak Lesap Kurang Seminit

oleh AK-47
21/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKUMPULAN remaja hanya mengambil masa kurang seminit untuk melarikan sebuah mesin wang dalam satu kejadian samun di sebuah restoran nasi kandar di Pinggiran Batu Caves, Selangor.

Dalam insiden kira-kira pukul 6.30 pagi Isnin, empat remaja lelaki bersenjatakan parang dilihat menaiki dua motosikal jenis Yamaha Y15zr berwarna biru dan hitam sebelum dua daripada mereka masuk ke dalam kedai.

Salah seorang daripadanya terus menuju ke kaunter premis makanan tersebut dan cuba merampas mesin wang, namun ia didapati berkunci dengan sejenis mangga yang diikat bersama-sama seutas tali jenis dawai besi.

Suspek yang bertopi keledar hitam itu kemudian terus merentap tali berkenaan dengan parang manakala seorang lagi cuba menghunuskan senjata kepada pekerja dan para pengunjung.

Mereka kemudiannya terus cabut lari dengan membonceng motosikal dua lagi rakan suspek yang menunggu di luar.

Kejadian cemas yang berlaku pada awal pagi itu berjaya dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan yang kemudiannya menjadi tular di laman sosial.

Sehingga kini, netizen di media sosial khasnya penduduk Gombak mendesak agar pihak berkuasa memperbanyakkan rondaan di kawasan-kawasan yang berisiko dan terpencil seperti di lokasi kejadian.

“Berani betul budak-budak sekarang, hanya kerana beberapa ringgit, sanggup hadap penjara 5-7 tahun,” tulis seorang netizen. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Jenayahnasi kandarParangremajarempitsamun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd