Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Produk Makanan Tradisional Budu...

TUMPAT - Produk makanan tradisional budu yang lazimnya dipasarkan di dalam botol kini...

Australia Larang Visa Untuk...

SYDNEY - Australia mengeluarkan larangan menyeluruh ke atas visa daripada negara Afrika Barat...

Zulkiffly: Periuk Api, Binatang...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles PERIUK api serta jerangkap samar bagi kebanyakkan anggota tentera...

Perlu Bersatu, Bekerjsama Tentang...

KOTA BELUD - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Berarak Pakai Joran? Takda Masalah Buat Mempelai Ini!

SEMPOI jer…sepasang mempelai berarak melalui barisan pengiring yang memegang joran dalam sebuah majlis perkahwinan mencuri tumpuan pengguna media sosial.

Aksi unik daripada pasangan itu dirakam dalam sebuah majlis resepsi yang diadakan di Kampung Batu 3, Segari, Perak, Ahad lalu.

Tidak setakat itu, pengantin lelaki juga menerusi rakaman dilihat membuat keputusan untuk memegang joran ketika berarak melalui barisan.

Ia sekaligus mengundang reaksi pelbagai daripada netizen yang menyifatkan ia sebagai sesuatu yang unik dan lain daripada kebiasaan.

Difahamkan juga, minat yang mendalam terhadap aktiviti memancing memberi inspirasi kepada pasangan ini untuk membawakan aksi yang seakan menyamai istiadat ketenteraan itu.


“Ni mesti kaki pancing punya geng, tapi ingat lepas je kahwin nanti hobi memancing jadi no.2, keutamaan isteri dan keluarga didahulukan 😬,” tulis pengguna Facebook yang menggunakan akaun nama Sepilai Karin.

“Lepas ni pengantin perempuan kena redha la ye, dimadukan dengan hobi memancing si suami, untung badan penuh la peti ais tu silap-silap boleh bukak kedai ikan,” kata Norhayati Abd Rahman.

Sehingga kini, rakaman berdurasi kira-kira seminit itu menerima ribuan perkongsian daripada laman-laman page Facebook yang memuat naik semula rakaman. – MYNEWSHUB.CC

Kategori