• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Veteran ATM Sebelahi Pembangkang Hanya Dakwaan

oleh AK-47
16/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal dakwaan pihak tertentu bahawa ramai veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini menyokong pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan.

Menegaskan bahawa dengan jumlah veteran yang ramai, beliau berkata pasti ada yang tidak puas hati dengan sesuatu perkara dan mereka tidak semestinya menyebelahi pihak pembangkang.

“Ini hanya dakwaan (menentang kerajaan), banyak yang sudah kita buat untuk veteran kita dan ia bukan baru sekarang kita buat.

“Ia tak mengambarkah majoriti sikap veteran kita kerana ada yang cuba mengaburi rakyat dengan apa yang telah kita buat seperti Hospital Veteran dan perumahan,” katanya ketika menjawab soalan berhubung dakwaan veteran ATM kini tidak lagi menyokong kerajaan sebaik bersara daripada perkhidmatan.

Menurut portal Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, terdapat 275,820 veteran pada masa ini.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan logo Perkasa Perwira di Wisma Perwira hari ini, Hishammuddin berkata kerajaan tidak pernah melupakan jasa veteran ATM dan pelbagai bantuan seperti perubatan dan perumahan tidak boleh dibuat sekali gus, sebaliknya dibuat secara berperingkat. -BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd