Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Bomba KL Siap Sedia...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 330 anggota bomba melibatkan 17 balai dari Jabatan Bomba...

652 Rumah Kekal Baharu...

KOTA BHARU - Sebanyak 652 rumah kekal baharu (RKB) sedang dalam pembinaan untuk...

Penyanyi 60-an M.Y. Shamsudin...

TAKZIAH... Penyanyi era tahun 1960-an, M. Y. Shamsudin, 78, meninggal dunia di Pusat...

GST Bakal Rangsang Permintaan...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 mampu merangsang...

Ugutan Menerusi Kiriman Peluru: 2 Lelaki Ditahan

SHAH ALAM – Hasrat dua lelaki gagal untuk mendapatkan habuan dengan melakukan ugutan menerusi kiriman pos kotak berisi replika peluru, tidak kesampaian apabila mereka ditahan polis bulan lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata pihaknya menahan seorang peniaga berusia 33 tahun di Ipoh, Perak pada 23 Jan lepas dan merampas beberapa kotak kecil yang digunakan untuk mengirim peluru kepada mangsa.

Tangkapan kedua pula membabitkan seorang pekerja pengiklanan berusia 36 tahun di Jinjang, Kuala Lumpur pada 25 Jan lepas, katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mazlan berkata siasatan pihaknya mendapati 11 individu di sekitar Lembah Klang telah menerima kiriman kotak berisi replika peluru yang dihantar oleh suspek sama.

“Daripada siasatan ini, suspek memilih sasaran berusia lingkungan 50 hingga 70 tahun dan mangsa dipilih daripada senarai deposit tetap yang diperoleh daripada individu dikenali sebagai Micheal,” katanya.


Siasatan juga mendapati suspek membeli replika peluru 9mm secara dalam talian dengan harga RM800 untuk keseluruhan 20 butir peluru.

Beliau berkata pihaknya sedang mengesan Micheal bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Kategori