• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunggu Masa, Nora Danish Bakal Bersalin Minggu Ini

oleh
22/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON terkenal, Nora Danish kini hanya menunggu masa untuk melahirkan anak keduanya pada minggu ini, yang dikatakan lebih awal daripada jangkaan sebenar iaitu 9 Mac depan.

Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh suaminya, Nedim Nazri menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik foto memaparkan kenduri doa selamat diadakan di kediaman pasangan itu pada malam Selasa.

“Doa selamat buat isteri tercinta & Ney Ney (nama timangan untuk bayi dalam kandungan). Insya-Allah agar selamat melahirkan kandungan pada minggu ini,” tulis Nedim menerusi entri berkenaan.

Doa selamat buat isteri tercinta & Ney Ney insyaAllah,agar selamat melahirkan kandungan pada minggu ini ❤ #NNmylittlefamily #syukuralhamdulillah

A post shared by Nedim Sujak Nazri Aziz (@boss_ned) on Feb 19, 2018 at 3:04am PST

Berita gembira itu turut dikongsi oleh bekas mentua Nora iaitu Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah dan Tan Sri Ramli Ngah Talib di Instagram miliknya yang mana turut tidak ketinggalan mendoakan pelakon berkenaan.

“Visited Nora just now. Mummy and daddy doakan Nora selamat melahirkan kandungan pada jangka masa minggu ini.

“Do rest well mean time. ❤ @noradanish @boss_ned #cucu #preciousmoments #familylove #rntrnafamily #rntrna #payong #putrarayqalramli 19 February 2018,” ujar Raja Noora.

Visited Nora just now. Mummy and daddy doakan Nora selamat melahirkan kandungan pada jangka masa minggu ini. Do rest well mean time. ❤ @noradanish @boss_ned #cucu #preciousmoments #familylove #rntrnafamily #rntrna #payong #putrarayqalramli 19 February 2018

A post shared by rajanoora (@rajanoora) on Feb 19, 2018 at 4:14am PST

Kedua-dua entri itu menerima lebih daripada 10,000 tanda suka dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata antara mereka tidak henti-henti menghujani ruangan komen entri tersebut dengan mendoakan agar Nora dapat bersalin dengan selamat.

Nora dan Nedim telah selamat diijab kabul kira-kira jam 8.37 malam pada 30 Mac tahun lalu dengan dua kali lafaz.

Majlis tertutup yang berlangsung di Glasshouse At Seputeh itu meriah dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: NedimNEDIM NAZRINetizennetizen bawangNora Danish
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pokok Ipoh Ditanam Semula Di Lokasi Sama

Next Post

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Chow Chee Keong

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Chow Chee Keong

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd