• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Akui Terdapat Masalah Pengagihan Kerusi DUN

oleh Ahmad Albab
07/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui terdapat masalah dalam pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk di Selangor dalam kalangan parti pembangkang itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menurutnya, pengagihan kerusi DUN adalah lebih rumit dan Pakatan Harapan di negeri-negeri diberi tempoh masa sehingga esok untuk menyelesaikan isu itu.

“Bagi (kerusi) Parlimen kami sudah selesaikannya. Kerusi DUN yang lebih rumit sikit,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Berhubung rundingan kerusi dengan formula 60:40 antara Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pakatan Harapan untuk kerusi DUN Sabah, Dr. Mahathir berkata beliau tidak mengetahui perkara tersebut namun telah mengarahkan Pakatan Harapan bekerjasama dengan Warisan.

Berkaitan pendaftaran Pakatan Harapan, beliau berkata gabungan itu mempunyai pelan kontigensi sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) masih tidak meluluskan pendaftarannya menjelang PRU14.

“Kita ada pelan B dan pelan C namun kita tidak akan beritahu,” kata Dr. Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ketika ditanya tindakan beberapa anggota PPBM membuat laporan di ROS berhubung mesyuarat agung tahunan (AGM) parti itu, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut hadir pada sidang media itu berkata pimpinan tertinggi parti tidak mengetahui “cerita sebenar” isu tersebut.

“Kita dapat maklumat isu (itu) melalui kenyataan ROS kepada media. Kita tidak mendapat laporan kecuali kalau ROS ikut Akta Pertubuhan memberitahu kita kes yang dilaporkan kepada mereka, baru mereka dapat mengetahui kes sebenar dan tindakan wajar boleh diambil oleh parti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd