• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TSAM ARMY Cari 700 Bakat Muda Bola Sepak

oleh AK-47
05/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Akademi Tan Sri Annuar Musa Al Hamra Red One (TSAM ARMY) mencari 700 bakat muda dalam bola sepak untuk dilatih sebagai pemain profesional bagi menyokong Program Pembangunan Induk Bola Sepak Negara kelolaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Presidennya Tan Sri Annuar Musa berkata pencarian bakat baharu dibuat secara terbuka di 12 pusat latihan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Chengal, SMK Kadok, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Ketereh, SK Kok Lanas, SK Padang Kala, SK Perol, SK Kota, SK Kubang Kerian 2, SK Bukit Marak, SK Pulai Chondong, SK Bukit Jawa 2 dan SK Gunong, pada 10 Feb ini.

“SMK Kampung Chengal dan SMK Kadok akan menjadi pusat latihan kepada peserta berusia 13 hingga 16 tahun manakala selebihnya bagi peserta berusia sembilan hingga 12 tahun.

“Pelancaran Akademi TSAM ARMY fasa pertama ini membabitkan 600 peserta akan diadakan pada 17 Feb depan di SMK Chengal, manakala fasa kedua akan dibuka di Kuala Lumpur pada Julai atau Ogos depan, membabitkan 100 peserta,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pengisytiharan TSAM ARMY di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan Muhammad Zahari Othman dan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan Datuk Mohamad Noordin Awang.

Annuar berkata TSAM ARMY akan mempunyai 30 jurulatih tempatan dan luar negara dengan kos pelaburan RM1 juta hasil tajaan beberapa syarikat tempatan dan antarabangsa serta kerjasama daripada JPN Kelantan dan MSN Kelantan.

“Akademi ini ditubuhkan Yayasan Persahabatan Malaysia (Yayasan Permai) dan Yayasan Red One. Kita akan pilih pemain untuk beraksi dalam liga lingkungan umur berkenaan di Jepun dan ia turut mengguna pakai program pembangunan bola sepak kebangsaan Jepun dan Croatia.

“Peserta juga akan dilatih asas permainan, teori dan aspek pemakanan dengan menjalani latihan tiga kali seminggu. Sekolah terlibat pula akan diberikan kemudahan prasarana yang lengkap untuk program latihan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: TSAM ARMY
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd