• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiong Lai Nafi Mahu Bertanding DUN Sekinchan

oleh AK-47
14/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan bahawa beliau tidak berhasrat untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan itu turut menyifatkan dakwaan itu sebagai mengarut dan tidak akan berlaku.

“Dakwaan Datuk Jamal Md Yunos adalah mengarut. Saya rasa ini satu perkara yang tidak mungkin berlaku kerana saya sebagai Presiden MCA, kita memang fokus dalam pembangunan negara kita.

“Saya selaku Pengerusi MCA Selangor, saya bertanggungjawab untuk memastikan bahawa persiapan menghadapi pilihan raya umum dilakukan dengan baik,” katanya ketika ditemui pihak media, Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu di dalam satu sidang media bahawa Presiden MCA itu dijangka bertanding di DUN Sekinchan.

DUN Sekinchan dimenangi DAP melalui wakil rakyat, Ng Suee Lim selama tiga penggal lalu sejak PRU 2004.

Selain itu, Tiong Lai bagaimanapun menegaskan MCA sudah bersiap sedia untuk membantu kemenangan semula BN di Selangor.

“Saya yakin beliau (Jamal) cuba memastikan bahawa MCA dalam keadaan yang sentiasa bersiap sedia dan kita akan pastikan MCA Selangor berada dalam keadaan itu (bersiap sedia) PRU14. Jadi, tidak timbul persoalan sama ada MCA akan bertanding atau tidak (di kerusi DUN Sekinchan),” katanya.

Ditanya sama ada wujud peluang MCA dan BN untuk merampas kerusi Sekinchan, Tiong Lai optimis bahawa parti itu akan dapat memenangi hati pengundi di kawasan tersebut.

“Ya kami (MCA) sangat fokus. Banyak persiapan perlu dibuat dan kami sangat bangga dan bersyukur kerana ramai ahli MCA di sana. Kira-kira 30 peratus daripada pengundi di sana adalah ahli MCA.

“Jadi, kami sebenarnya sedang berusaha untuk menarik semula sokongan pengundi kepada parti. Kami akan terus mentransformasikan parti untuk jadi parti yang lebih kuat,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC/Agenda Daily

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

03/04/2026
0

SEGAMAT – Tragedi menyayat hati berlaku apabila sepasang suami isteri antara tiga individu yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd