Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

“Tiada Siapa Berani Lawan...

PUTRAJAYA - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah banyak mencapai kejayaan sepanjang mengambil alih...

GAMBAR: Agnes Monica Sudah...

NAMPAKNYA, Agnes Monica sudah tidak seperti dulu lagi.Dulu comel, kini sudah 'sado' atau...

Arnold Schwarzenegger Ditendang Di...

JOHANNESBURG – Pelakon ternama Hollywood, Arnold Schwarzenegger, ditendang seorang lelaki di belakang semalam...

Lama Rambut Panjang, Kini...

RAMBUT merupakan 'mahkota' buat setiap wanita dan disebabkan itu, penyanyi Dayang Nurfaizah mengambil...

Tindakan Segera Berek Polis Yang Daif Di Sabah

KOTA KINABALU – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu tindakan segera diambil bagi menaik taraf atau memperbaiki perumahan atau berek polis yang daif di Sabah bagi memastikan kebajikan anggota dan ahli keluarga mereka.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata walaupun menyedari bahawa proses permohonan perbelanjaan pembangunan daripada kerajaan pusat terpaksa melalui banyak peringkat namun beliau berharap tindakan segera dapat diambil bagi mempercepatkan proses tersebut,

“Walaupun saya telah mengambil kepedulian begitu lama (mengenai berek daif ini), tetapi saya lihat tindakan segera perlu dilakukan untuk menjaga kebajikan mereka ini (pasukan keselamatan),” katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Razarudin Husain.

Ahmad Zahid berkata dana diperlukan bukan sahaja untuk kuaters polis di 20 Ibu Pejabat Daerah (IPD) di Sabah tetapi juga untuk berek Pasukan Polis Marin, Pasukan Gerakan Am dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom).


Katanya, beliau ingin mengetahui peruntukan minimum yang diperlukan untuk kerja-kerja baik pulih dan naik taraf berek-berek berkenaan bagi membolehkan tindakan segera dapat diambil.

Katanya ,selain untuk baik pulih berek-berek daif berkenaan, dana minimum yang diperlukan berkenaan juga ialah untuk kerja-kerja penyelenggaraan berek termasuk berek anggota yang bertugas di kawasan pedalaman. – BERNAMA

Kategori