Friday, May 17, 2024

Creating liberating content

Penggunaan Kamera Retina Mampu...

KUALA LUMPUR - Dua Kamera Retina dan beberapa peralatan penyaringan tambahan lain sumbangan...

Gadis Peluk ‘Suami Orang’...

PASTI anda masih ingat lagi dengan rakaman video seorang gadis Indonesia yang datang memeluk...

Isu Tiket, TMJ ‘Sound’...

BERIKUT ialah kenyataan daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan...

Mayat Muhammad Ikhwan Yang...

HULU SELANGOR - Mayat Muhammad Ikhwan Mohd Ridwan, 10, yang dihanyutkan air deras...

Tidak Hadir Majlis Yuna-Betty, Ini Respon Daphne

PENGACARA televisyen sensasi, Daphne Iking menjadi bualan hangat netizen apabila dikatakan tidak hadir ke majlis perkahwinan dua selebriti terkenal tanah air, Yuna Zarai dan Betty Rahmad, baru-baru ini.

Hal itu menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat yang mana rata-rata mempersoalkan sebab pengacara itu tidak menghadirkan diri ketika majlis berlangsung.

Sedangkan seperti yang kita semua maklum, Daphne dan dua selebriti berkenaan adalah bersahabat.

Susulan perkara itu, Daphne telah menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku sekaligus menjawab segala pertanyaan yang bermain di minda netizen menerusi sebuah entri di Twitter miliknya, pada Isnin.

Menurut Daphne atau nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking menjelaskan beliau tidak menghadirkan diri pada majlis berkenaan kerana tidak dijemput. Pun begitu, beliau berpendapat ia perkara biasa dan tidak perlu diperbesarkan sama sekali.


Perkongsian yang dimuat naik Daphne itu dilihat menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang mana rata-rata meninggalkan mesej positif di ruangan komen entri berkenaan.

Sehingga kini, perkongsian itu dilihat mendapat lebih daripada 200 tanda suka dan terus menjadi perhatian netizen di media sosial.

Semoga dengan penjelasan Daphne ini dapat menjawab segala persoalan mak cik-mak cik bawang yang ‘sibuk’ mempertikai hal tersebut lah yaaa… – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori