• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Peniaga Pasar Tani Salah Guna Lesen – Tajuddin

oleh Ahmad Albab
01/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan tiada peniaga pasar tani di seluruh negara yang didapati menyewakan lesen perniagaan mereka kepada warga asing, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata ini kerana pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sentiasa melakukan pemantauan dan pemeriksaan di setiap pasar bagi memastikan peniaga menjalankan perniagaan mereka mengikut prosedur yang telah ditetapkan agensi itu.

Menurut Tajuddin, ketika ini terdapat 1,000 pasar tani beroperasi di seluruh negara.

“Kita ada pegawai FAMA yang memantau semasa pasar tani beroperasi, pegawai ada di situ jadi tidak akan terlepas pandang.

“Bagaimanapun, kita akan menarik balik lesen perniagaan peniaga pasar tani jika didapati menyalahgunakan lesen yang diberikan kepada mereka dengan memajak atau menyewa tapak perniagaan kepada warga asing,” katanya.

Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Chui Chak, Langkap di sini malam tadi.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali dalam akhbar tempatan dua hari lepas yang melaporkan pihaknya mengesan terdapat segelintir warga asing memonopoli sektor perniagaan sekali gus menyalahgunakan permit pekerjaan.

Mustafar berkata lebih 8,903 warga asing diberkas menerusi Op Mega 2.0 bermula awal tahun ini kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk menjalankan perniagaan yang menyalahi undang-undang.

Menurut Mustafar, pihaknya mendapati premis yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya diberikan kepada penduduk tempatan tetapi untuk mencari keuntungan segera, mereka telah menyewakan kepada warga asing untuk membuka perniagaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahmanpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd