• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

THT Rampas Semula Gelaran Juara Divisyen Perdana

oleh AK-47
04/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan Hoki Terengganu (THT) berjaya merampas semula gelaran juara Divisyen Perdana selepas mengalahkan juara bertahan, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 2-1 pada aksi penutup Liga Hoki Malaysia (LHM) 2018 di sini hari ini.

Kemenangan tersebut menyaksikan THT kembali meraih kejuaraan liga buat kali keempat selepas memenanginya selama tiga tahun berturut-turut pada 2014, 2015 dan 2016.

Selepas 10 perlawanan liga musim ini, THT mengumpul 24 mata manakala KLHC meraih 20 mata.

Pada aksi di Stadium Hoki Kuala Lumpur, KLHC memulakan kempen mempertahankan kejuaraan apabila Nabil Fiqfri Mohd Noor membuka jaringan pada minit ke-36 menerusi jaringan padang.

Bagaimanapun, THT, yang hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan kejuaraan, bangkit melakukan serangan kilat dalam tempoh 10 minit terakhir perlawanan apabila penyerang kebangsaan Faizal Saari menyamakan kedudukan menerusi gol pada pada minit ke-50.

Pemain import dari Argentina, Lopez Barreiros memastikan mata penuh THT apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi jaringan padang pada minit ke-53.

Ketua jurulatih THT, Sarjit Singh, gembira dengan kejayaan itu selepas gagal merangkul Piala Tan Sri P.Alagendra dan Piala Sumbangsih apabila kalah kepada lawan yang sama itu.

Beliau turut memuji anak buahnya yang menampilkan semangat juang yang tinggi walaupun ketinggalan sebahagian besar daripada perlawanan itu.

“Kami sudah kehilangan dua gelaran sebelum ini dan tidak mampu untuk gelaran ketiga. Pemain memahami betapa pentingnya perlawanan ini,” kata bekas pemain antarabangsa itu.

Empat pasukan terbaik liga akan bersaing untuk Piala TNB hujung minggu ini.

Sementara itu, ketua jurulatih KLHC, Chiow Chuan, kecewa dengan keputusan itu selepas anak buahnya gagal mempertahankan kedudukan pendahulu.

Bagaimanapun, beliau yakin anak buahnya akan menebus kekecewaan itu pada saingan separuh akhir Piala TNB nanti.

“Kami perlu memperbaiki kelemahan yang sedia ada dan menumpukan perhatian semula pada kejohanan separuh akhir Piala TNB hujung minggu ini,” kata bekas penolong ketua jurulatih negara itu. – BERNAMA

Tags: Pasukan Hoki Terengganu (THT)
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd