• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terus Sokong Kerajaan Sedia Ada – Ismail Sabri

oleh Ahmad Albab
13/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu rakyat Sabah terus memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada di peringkat negeri dan persekutuan bagi membolehkan agenda pembangunan di negeri ini dapat diteruskan dengan lancar.

Ismail Sabri berkata kerajaan sekarang yang diterajui Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak begitu prihatin dengan keperluan pembangunan di Sabah sehingga menyalurkan peruntukan besar demi kesejahteraan penduduk di negeri ini sama ada di bandar atau di luar bandar.

“Waktu zaman Tun Dr Mahathir (Mohamad) dahulu, memang bajet (untuk Sabah) tidak besar. Dalam tiga Rancangan Malaysia (RMK), jumlah bajet pembangunan untuk Sabah ialah RM3.3 bilion. Tiga RMK adalah 15 tahun. Tetapi apabila Najib menjadi perdana menteri, dalam satu RMK iaitu RMK-11, bajet untuk Sabah ialah RM3.4 bilion.

Bayangkan, 15 tahun di bawah Dr Mahathir, bajet untuk Sabah RM3.3 bilion tetapi lima tahun di bawah Najib, bajet untuk Sabah ialah RM3.4 bilion. Sebab itulah, apabila kumpulan-kumpulan pembangkang yang nak lantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri itu, kalau dia (Dr Mahathir) jadi perdana menteri, Sabah akan balik seperti zaman Dr Mahathir,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di sini hari ini. Pada majlis berkenaan, 229 kakitangan pelbagai agensi di bawah KKLW di Sabah menerima anugerah masing-masing. Turut hadir Ketua Setiausaha KKLW Datuk Borhan Dolah.

Menurut Ismail Sabri, satu daripada bukti keprihatinan Najib kepada rakyat dan pembangunan Sabah ialah dengan begitu kerap melawat negeri ini berbanding perdana menteri sebelumnya untuk mendengar sendiri keperluan rakyat seterusnya menyalurkan sejumlah peruntukan sewajarnya.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita kemudian, Ismail Sabri berkata daripada jumlah keseluruhan bajet pembangunan di bawah kemeneteriannya untuk 2018, hampir 24 peratus diperuntukkan untuk negeri Sabah.

Katanya bagi Bekalan Elektrik Luar Bandar, Sabah memperoleh RM220 juta iaitu 33.08 peratus daripada keseluruhan bajet (KKLW), Bekalan Air Luar Bandar sebanyak RM160 juta (38.08 peratus), Jalan Luar Bandar (RM253.5 juta) (32.14 peratus) dan Projek Jalan Kampung (RM38 juta) (26.2 peratus).

Mengenai pemantauan projek, Ismail Sabri berkata pihak kementeriannya dan kerajaan negeri Sabah telah mewujudkan dua jawatankuasa iaitu jawatankuasa tertinggi dan jawatankuasa kerja bagi tujuan itu.

Katanya jawatankuasa tertinggi itu dipengerusikan bersama oleh beliau dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman manakala jawatankuasa kerja pula dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha KKLW Datuk Borhan Dolah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman.

“Kita tidak mahu lagi timbul isu projek sudah terbengkalai baru dimaklumkan kepada kerajaan negeri ataupun kerajaan negeri membuat aduan bahawa negeri tidak tahupun mengenai wujudnya sesuatu projek KKLW yang dilaksanakan di Sabah,”katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri YaakobKerajaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Percikan Api Pada Struktur Punca Kebakaran

Next Post

AADK Lantik Ikon Tangani Masalah Dadah

Related Posts

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

04/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menggantung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut...

Next Post

AADK Lantik Ikon Tangani Masalah Dadah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd