• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terkejut Single Drop Dapat Pujian Lupe Fiasco

oleh Haris
07/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INDUSTRI Hip Hop semakin berkembang di negara kita. Kejayaan terbesar muzik irama Hip Hop dalam industri muzik Malaysia tentunya apabila lagu Apa Khabar menjadi juara di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) 29 pada tahun 2015.

Jadi, tidak hairanlah apabila single terbaru penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow berjudul Drop, mendapat perhatian daripada penyanyi rap antarabangsa, Lupe Fiasco.

Menurut Joe, dia mengakui memang terkejut dengan perkara itu apabila menerima maklum balas positif Lupe Fiasco sendiri ketika melawat Malaysia baru-baru ini.

Welcome to Kuala Lumpur @lupefiasco!

A post shared by Joe Flizzow (@flizzow) on Jan 17, 2018 at 6:41am PST

Jelas Joe, single yang dilancarkan hujung tahun lalu itu, mendapat sambutan dalam kalangan deejay antarabangsa dari Amerika Syarikat, Australia dan Jepun serta sering dimasukkan dalam senarai persembahan mereka.

“Saya terkejut apabila lagu Drop mendapat banyak sambutan dari luar negara dan kebanyakan deejay menggunakan lagu ini untuk set playlist mereka.

“Jarang ada permintaan dari luar negara untuk karya yang saya telah hasilkan sebelum ini dan saya percaya ini peluang terbaik untuk saya melebarkan sayap ke negara luar,” katanya dipetik daripada portal online Astro Gempak.

Tambahnya, dia masih tidak percaya selepas menerima emel daripada beberapa artis dari luar negara sekaligus membuktikan mereka sedar akan kewujudan lagunya.

Baru-baru ini Joe dilantik sebagai duta jenama jam tangan mewah Hublot menjadikannya duta pertama jenama tersebut dari negara ini.

Bagi Joe sendiri, dia berharap perlantikan tersebut dapat membuka peluang untuknya terbabit dalam acara berskala besar peringkat antarabangsa.

“Sepertimana semua tahu, Hublot melantik duta-duta dalam kalangan artis dan atlet terkenal dunia yang secara tidak langsung mendekatkan saya dengan mereka.

“Insya-Allah akan ada beberapa perancangan untuk saya terbabit dalam acara besar di luar negara yang melibatkan nama-nama besar dunia,” ujarnya.

Selain Joe, Hublot juga menjalinkan kerjasama bersama personaliti popular peringkat dunia seperti Usain Bolt, Pele, Depeche Mode, Lang Lang dan Bar Rafaeli. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: dropjoe flizzowlupe fiascopenyanyi rap
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemvaksinan Anti Rabies Secara Besar-Besaran

Next Post

Skuad Wanita Ada Elemen Kejutan Berdepan Thailand

Related Posts

Malaysia Pertimbang Cari Semula MH370

Hannah Yeoh ‘Tegur’ Joe Flizzow

03/03/2024
0

KUALA LUMPUR: "Pakaian sekolahnya tak seperti pakaian sekolah yang normal. Dia memakai seluar 'baggy' dan baju selalunya tak 'tuck in'...

Tiada Sengketa Antara Saya Dan Malique – Joe Flizzow

Tiada Sengketa Antara Saya Dan Malique – Joe Flizzow

14/05/2023
0

PETALING JAYA: Penyanyi Hip Hop terkenal tanah air, Joe Flizzow, 44, menegaskan tidak pernah mempunyai sengketa dengan penyanyi, Malique, 45,...

Next Post

Skuad Wanita Ada Elemen Kejutan Berdepan Thailand

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd