• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hargai Peranan APMM Kawal Perairan Negara

oleh Ahmad Albab
16/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan penghargaan terhadap kejayaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam mengekang masalah pencerobohan bot nelayan asing di perairan negara.

Baginda bertitah keadaan itu membolehkan khazanah laut negara dan kepentingan nelayan di negara ini terus terpelihara.

“Tidak boleh dinafikan bot-bot nelayan asing sentiasa cuba menceroboh perairan dan ia memerlukan tindakan proaktif daripada Maritim Malaysia untuk mengekangnya… kalau tak jaga (perairan negara) susah untuk nelayan turun ke laut sekali gus menyebabkan hasil negara juga akan berkurangan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Santapan Beradap Bersama APMM di sebuah hotel di sini, hari ini. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar.

Tengku Abdullah turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian cemerlang APMM yang bertindak pantas dalam kes-kes kecemasan di laut dan pulau.

Baginda bertitah pemilikan aset canggih amat diperlukan APMM bagi menyediakan situasi selamat ketika mereka bertugas.

“Saya berharap pentadbiran negara di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat memberi perhatian dan pertimbangan untuk sediakan aset yang boleh digunakan bagi jangka masa panjang dan lebih canggih.

“Ini sekali gus dapat memberi keyakinan kepada setiap anggota dan pegawai APMM berhadapan musuh di perairan di negara,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: APMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd