• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tampar Rakan, Peniaga Kedai Makan Didenda RM500

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang peniaga kedai makan didenda RM500 atau penjara 20 hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menampar rakannya sehingga cedera di muka.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Hong Yun Long, 49, selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan terhadap Tee Kuang Peng, 61, kerana marah terhadap mangsa, dengan menampar muka lelaki itu.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran di Jalan PJU 1/6, Kampung Cempaka, Kelana Jaya, di sini pada 4.53 petang, 9 Feb lalu mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sebulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, bapa dua anak yang tidak diwakili peguam itu merayu hukuman denda ringan atas alasan dia telah insaf dan melakukan perbuatan tersebut kerana ditolak mangsa terlebih dahulu.

“Saya juga perlu menanggung ibu bapa dan seorang anak orang kurang upaya (OKU), oleh itu, saya merayu hukuman ringan,” kata Tee.

Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee bagaimanapun memohon hukuman setimpal kerana mengambil kira kecederaan yang dialami mangsa. – BERNAMA

Tags: Tampar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Ambil Keterangan Lelaki Tampar Murid Tahun Satu

Polis Ambil Keterangan Lelaki Tampar Murid Tahun Satu

22/03/2025
0

Johor Bahru: Polis sudah mengambil keterangan lelaki yang didakwa menampar seorang murid Tahun Satu sehingga terhantuk di dinding baru-baru ini....

Pengasuh Didenda RM10,000 Tampar, Ketuk Dahi Bayi 11 Bulan

Pengasuh Didenda RM10,000 Tampar, Ketuk Dahi Bayi 11 Bulan

24/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang pengasuh didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan menampar dan mengetuk dahi seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd