• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AADK: 18 Lelaki Termasuk 4 Warga Thai Ditahan

oleh AK-47
20/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis menahan 18 lelaki termasuk empat warga Thailand dalam operasi sempena Tahun Baharu Cina di Chuping dan Padang Besar dekat sini, pada Ahad dan Isnin lepas.

AADK dalam kenyataannya berkata enam daripadanya ditahan di pos Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) di Chuping dan lima lagi di pos Padang Besar, manakala tujuh termasuk warga Thai ditahan di laluan masuk negara di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Padang Besar.

“Ujian saringan urin menunjukkan kesemua yang ditahan didapati positif dadah jenis syabu, ganja dan opiat,” katanya di sini, hari ini.

Empat belas lelaki tempatan dibawa ke pejabat AADK dan diambil tindakan mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998, manakala warga Thai dihantar ke Unit Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Padang Besar untuk tindakan lanjut, katanya.

Sementara itu, katanya sempena sambutan Hari Antidadah Kebangsaan yang bertemakan ‘Komuniti Kita, Tanggungjawab Kita’ pada Isnin, AADK Perlis telah menjalankan beberapa aktiviti seperti edaran risalah kempen perangi dadah.

“Beberapa program lain yang diaturkan akan dijalankan secara berperingkat sempena sambutan kali ini,” katanya.

AADK turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan penyalahgunaan dadah, boleh terus ke pejabat AADK Perlis atau menghubungi talian 04-9764603. – BERNAMA

Tags: ditahan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengacara ‘Syok Sendiri’ Motif Viral Dikutuk Netizen

Next Post

MKN Sabah Hantar Balik 3,036 PATI Sejak Januari

Related Posts

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan seorang penyanyi rap antara tiga lelaki rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Laos, dipercayai cuba...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Pergaduhan Di Dataran Merdeka

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Pergaduhan Di Dataran Merdeka

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan sekumpulan individu di Dataran Merdeka yang videonya tular...

Next Post

MKN Sabah Hantar Balik 3,036 PATI Sejak Januari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd