• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Multinasional Digalak Sertai SLDN

oleh Ahmad Albab
27/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat multinasional digalak menyertai Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), seiring hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran 35 peratus pekerja mahir menjelang 2020.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot berkata program SLDN merupakan konsep latihan industri meliputi 70 hingga 80 peratus latihan praktikal dan selebihnya adalah teori atau pembelajaran dalam kelas.

“Hingga kini pelaksanaan SLDN di Malaysia berjaya melatih 106,769 perantis melibatkan pentauliahan 5,479 syarikat dan 2,679 pusat latihan,” katanya pada majlis pelancaran program SLDN McDonald’s Malaysia, di sini.

Melalui SLDN yang diwujudkan pada 2005, beliau berkata negara dapat melahirkan tenaga kerja mahir dan berpengetahuan tinggi selaras dengan keperluan industri.

Katanya komposisi tenaga kerja mahir dalam negara meningkat kepada 31 peratus kini, berbanding 28 peratus pada 2015.

Pada majlis itu McDonald’s Malaysia diumumkan sebagai restoran makanan segera pertama menerima sijil pentauliahan SLDN.

Kumpulan pertama program SLDN McDonald’s Malaysia bermula pada Mac yang terdiri daripada 30 perantis merangkumi pekerja sedia ada dan pekerja baharu.

Sepanjang tempoh 18 bulan latihan, perantis turut diberikan elaun RM1,200, manfaat perubatan dan insurans serta makanan percuma. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: syarikat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Bagasi Berisi RM500,000

MPBP Batal Lesen Operasi Syarikat Edar Stoking Kalimah Allah

21/03/2024
0

Batu Pahat: Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) membatalkan lesen operasi syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd yang terpalit dengan kontroversi...

Dua Syarikat Gagal Bayar SST Petroleum Berdepan Tindakan Undang-Undang

Dua Syarikat Gagal Bayar SST Petroleum Berdepan Tindakan Undang-Undang

19/08/2022
0

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap dua syarikat minyak dan gas yang gagal membayar cukai jualan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd