Friday, December 1, 2023

Creating liberating content

ForceSHIELD, STARStreak Tingkat Pertahanan...

KUALA LUMPUR - Sistem Pertahanan Udara Aras Rendah negara akan mempunyai keupayaan lebih...

K’jaan Pertimbang Lakukan Pembenihan...

KANGAR - Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk melaksanakan pembenihan awan dalam usaha menangani...

Muhyiddin Ke Tanah Suci...

MUAR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berangkat ke tanah...

Guna Ayat Al-Quran Saja...

KUALA LUMPUR - Tindakan PAS cuba menjustifikasikan rancangan parti itu untuk laksanakan undang-undang...

Susu Rumusan Dutch Lady Curious Selamat Dimakan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan produk susu tepung rumusan jenama Dutch Lady Curious (900 gram) bagi kanak-kanak berusia setahun hingga dua tahun adalah selamat untuk dimakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata hasil verikifikasi KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di kilang pengeluaran produk terbabit mendapati kilang berkenaan mempunyai program jaminan keselamatan makanan.

“Hasil analisis mengesahkan produk itu adalah selamat untuk dimakan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Dr. Noor Hisham, KKM akan terus menjalankan pemantauan bagi memastikan produk makanan di pasaran adalah selamat dan sentiasa prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau hubungi KKM melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my,” katanya.


Isu keselamatan susu tepung rumusan itu tular di media sosial apabila seorang pengadu memaklumkan bahawa anak beliau mengalami simptom ruam merah di bahagian leher dan kelangkang, batuk, cirit-birit dan demam panas setelah mengambil produk susu tepung berkenaan.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham berkata di bawah subseksyen 13 (1), Akta Makanan 1983, mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan jika didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • susu

Kategori