• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suri Rumah Dijel Curi Pakaian Kanak-Kanak

oleh AK-47
15/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah dihukum penjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri 22 helai pakaian kanak-kanak pelbagai jenama termasuk satu beg kertas dengan nilai keseluruhan lebih RM400, semalam.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Nurhidayah Ahmad Rashidin, 30, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri pakaian dan beg kertas itu yang berjumlah RM413.60 milik pasar raya Aeon Big.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini dan sebulan penjara sekiranya dia gagal membayar denda tersebut.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Aras 1, Aeon Big Seksyen 5, Wangsa Maju di sini pada 4.20 petang, 14 Feb 2018 mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudian hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran.

Bagaimanapun, Nurhidayah yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia terdesak melakukan perbuatan itu akibat masalah kewangan dan suaminya baru sahaja mendapat pekerjaan. – BERNAMA

Tags: dipenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd