• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Surat Terbuka Mufti Wilayah Persekutuan Buat Neelofa

oleh
27/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KONTROVERSI pelancaran koleksi terbaharu hijab jenama Naelofar Hijab di salah sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dr. Zulkifli telah memuat naik sekeping gambar beliau sedang menulis surat terbuka buat personaliti popular dan juga pengasas jenama tudung tersebut, iaitu Hajjah Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa.

Baca: Lancar Tudung Di Zouk, Lofa Ada Alasan Sendiri

Gambar itu telah dikongsi oleh Zulkifli sendiri menerusi laman Facebook dan Twitter rasminya pada Selasa beserta satu kapsyen seakan-akan ‘memerli’ pengacara wanita berusia 29 tahun itu.

“Menulis surat terbuka untuk Hajjah Neelofa. Untuk muhasabah bersama,” tulis beliau menerusi entri berkenaan.

Namun apa yang menarik perhatian mengenai entri tersebut adalah isi kandungan surat tersebut yang dikatakan ‘makan dalam’!

Menerusi surat tersebut, Zulkifli menyatakan bahawa hijab merupakan salah satu bentuk pemuliaan terhadap wanita yang telah disyariatkan dalam Islam.

Selain itu, beliau juga meluahkan rasa khuatir terhadap isu yang berlaku itu kerana ia boleh boleh menjurus ke arah perkara negatif.

Rata-rata antara mereka yang membaca coretan tersebut tersentuh dengan penulisan ditulis oleh mufti tersebut.

Selain itu, mereka juga mengucapkan terima kasih kepada atas keprihatinan mufti berkenaan dalam usaha mengatasi isu tersebut.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah disambut baik oleh netizen yang rata-ratanya memberikan pujian atas teguran berhemah seorang mufti kepada selebriti berhijab.

Sementara itu, apabila diasak pertanyaan oleh wartawan hari ini mengenai kontroversi tersebut, Neelofa berkata dia tidak lagi mempedulikan kata-kata nista orang luar tentang dirinya.

Tidak bolehlah begitu. Sebagai seorang personaliti popular, apa sahaja kelakuan anda pasti menjadi perhatian masyarakat. Jadi apa salahnya tunjukkan moral yang baik? – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Neelofa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sapok Biki: Budak Belasahan Kepada Jaguh Tinju

Next Post

Lalai Dengan Muzik, Blogger Nisa Kay Mohon Maaf

Related Posts

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Kes Neelofa, Suami Ditangguh Lagi

12/08/2021
0

SEREMBAN - Sebutan semula kes membabitkan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar...

Next Post

Lalai Dengan Muzik, Blogger Nisa Kay Mohon Maaf

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd