• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Surat Minta Kerja Steve Jobs Dilelong RM195,000

oleh AK-47
26/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADA tahun 1973, Steve Jobs telah memohon kerja di sebuah syarikat–beberapa tahun sebelum dia menyedari dia lebih sesuai menjadi majikan dan menubuhkan Apple Inc. bersama-sama rakan kongsinya, Steve Wozniak.

Borang permohonan satu mukasurat yang diisi oleh Jobs yang baru berusia 18 tahun ketika itu — berserta kesalahan ejaan, tanda baca dan sebagainya — akan dilelong pada bulan hadapan.

Kertas yang sudah kekuningan akibat dimamah usia itu dianggarkan bernilai US$50,000 (RM195,000), dan menunjukkan Jobs yang berminat bekerja dalam bidang teknologi.

Dia menulis ‘Steven Jobs’ di ruangan nama penuh dan hana meletakkan ‘Reed College’ (university tempat Jobs belajar sebelum berhenti enam bulan kemudian) sebagai alamatnya.

Jobs juga menulis ‘kesusasteraan Bahasa Inggeris’ sebagai kursus ijazahnya dan menyertakan ’24 February 1955′ dalam ruangan tarikh lahir.

Meskipun mencipta iPhone yang merevolusikan teknologi peranti dan komunikasi dunia, hanya menulis ‘tiada’ dalam ruangan telefon. Bayangkan, Jobs tiada nombor telefon tetap ketika itu!

Selain itu, pencipta hebat ini meletakkan ‘komputer’ dan ‘kalkulator’ sebagai kemahirannya, di samping ‘reka bentuk, teknologi’.

Dia juga meletakkan ‘teknologi elektronik atau kejuruteraan reka bentuk. digital’ di dalam ruangan Kebolehan Istimewa’.

Selain daripada borang ini, lelongan turut akan dibuat terhadap dua lagi item milik mendiang iaitu manual teknikal model Mac OS X yang bertandatangan bernilai US$25,000 (RM97,000) dan keratan akhbar artikel di mana Jobs memperkenalkan iPhone 3G yang berharga US$15,000 (RM58,000).

Lelongan tersebut akan dibuat pada 8 hingga 15 Mac di RR Auction. – MYNEWSHUB.CC

Tags: lelongsteve jobs
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Kebakaran Flat Sri Sabah Dapat Rumah Sementara

MBKT Lelong Lembu, Kambing Tak Dituntut

13/02/2024
0

KUALA TERENGGANU: Dua lembu jantan dan lapan kambing akan dilelong Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kerana tidak dituntut selepas disita...

Bangkai Lipas, Debu Bulan Bakal Dilelong RM1.7 Juta

13/06/2022
0

BOSTON, Massachusetts – Bangkai lipas dan debu Bulan yang diekstrak dari badan roket Apollo 11 adalah antara item unik yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd