Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Majlis Syura Tentukan Senarai...

KUCHING - Majlis Syura PAS akan bermesyuarat pada 20 Mac ini untuk menentukan...

Gambar: Majlis Resepsi Kedua...

ANZALNA Nasir dan pasangannya Hanif Zaki yang berkahwin pada hujung Februari lalu telah...

Rakyat Malaysia Tak Berminat...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu mendakwa rakyat negara...

‘Kenyataan Tony Pua Umpama...

SHAH ALAM - MCA meluahkan rasa kesal terhadap tindakan bekas Setiausaha Publisiti DAP,...

Suami Isteri Ditahan Terlibat 70 Kes Pecah Rumah

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menahan sepasang suami isteri disyaki geng pecah rumah mewah yang terlibat dalam sekurang-kurangnya 70 kes di beberapa buah negeri, dalam serbuan di Klang, Selangor pada 3 Feb lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan berkata pasangan suami isteri berusia 35 dan 38 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang di sebuah kondominium yang disewa mereka di Klang susulan risikan dan intipan yang dijalankan polis Pulau Pinang.

“Polis menerima satu laporan kejadian pecah rumah seorang ahli perniagaan di sebuah kondominium di Jelutong pada 31 Jan lepas dan susulan itu kami melancarkan gerakan mengesan suspek terlibat sebelum berjaya menahan mereka di Klang.

Berdasarkan siasatan awal, lelaki dan wanita yang ditahan itu terlibat dalam kes pecah rumah kondominium mewah serta banglo di beberapa negeri termasuk di Pulau Pinang bersama tiga lagi lelaki berusia 30 hingga 40 tahun,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata pasangan itu mengaku terlibat sekurang-kurangnya 70 kes pecah rumah, antaranya di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Kedah serta 20 kes di Pulau Pinang sejak tahun 2015.

Thaiveegan berkata susulan penahanan pasangan itu, polis merampas pelbagai barang dipercayai hasil pecah rumah antaranya wang tunai, barang kemas, beg berjenama, telefon bimbit, jam tangan berjenama dan resit pajak gadai bernilai lebih RM300,000 kesemuanya.


Pasangan suami isteri yang mempunyai dua anak dan tidak bekerja itu juga hidup mewah dan mempunyai wang ratusan ribu ringgit di dalam beberapa akaun bank, katanya.

Beliau berkata polis juga merampas ‘taser gun’ atau senjata renjat yang dipercayai digunakan mereka untuk merenjat mangsa supaya pengsan jika terdapat orang dalam rumah ketika mereka melakukan kegiatan pecah rumah.

“Mereka sangat profesional dan sukar dikesan kerana langsung tidak meninggalkan kesan ketika melakukan jenayah namun tindakan pantas polis berjaya menahan pasangan berkenaan. Lelaki itu juga mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah,” katanya. – BERNAMA

Kategori