• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Cerita Detik Isteri Dibawa Arus Deras

oleh Ahmad Albab
20/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian pemancing hilang dibawa arus deras di sungai dekat kem tentera, Sungai Buloh hari ini, menceritakan detik cemas beliau dan isteri terlepas genggaman sehingga wanita itu dihanyutkan air yang datang secara tiba-tiba.

“Saya sempat berpaut dengan isteri saya sebelum terlepas tangannya hingga dia dibawa arus,” kata Mohd Rizal Mat Desa, 31, kepada Bernama mengenai apa yang menimpa Shilawati Zailan, 31.

Mohd Rizal yang tidak dapat menahan kesedihan, berkata beliau turut dihanyutkan arus deras namun sempat menyelamatkan diri dengan berpaut pada dahan sebatang pokok dalam insiden yang berlaku ketika hujan lebat petang tadi.

“Selepas itu, saya ternampak tangan isteri saya dan terus saya terjun semula ke sungai untuk menyelamatkannya namun tidak berjaya,” katanya.

Mohd Rizal, yang bekerja sebagai pemandu lori, berkata beliau turut ternampak beberapa orang yang dibawa arus terkapai-kapai meminta pertolongan.

“Selain isteri saya, isteri kepada pakcik saya dipercayai turut hanyut dibawa arus,” katanya.

Beliau berkata sebelum kejadian, beliau sempat menasihati isterinya agar tidak meneruskan niatnya memancing kerana berasa tidak sedap hati.

Mohd Rizal berkata dalam keadaan kelam kabut ketika dibawa arus, isterinya sempat mengucapkan sesuatu yang kini bermain di fikirannya.

“Saya sayang awak,” itulah kata-kata terakhir Shilawati yang dikahwini sejak 10 tahun lepas dengan dikurniakan dua cahaya mata.

Dalam pada itu, suami kepada seorang lagi mangsa yang hilang, Jeleha Hashim, 53, berkata beliau hanya sempat melihat isterinya terkapai-kapai dibawa arus sebelum hilang daripada pandangan.

Kata Syamsul Azhar, 32: “Pada awalnya, kami bertiga iaitu saya, isteri saya dan anak buah saya (Shilawati) tiba terlebih dulu untuk memancing sebelum Rizal sampai kira-kira 15 minit kemudian.

“Kami memancing di sini beramai-ramai dan semasa hujan, kami mula berkemas untuk pulang ke rumah,” kata Syamsul.

Menurutnya lagi, air deras (kepala air) datang secara tiba-tiba dan beliau sempat berpaut pada tiang jambatan.

Syamsul, yang menetap di PPR Seksyen 8, berkata beliau sememangnya bercadang untuk memancing pada hari ini.

Bekerja bersama Mohd Rizal sebagai kelindan lori, Syamsul mendakwa terdapat sekumpulan warga asing yang turut sama memancing di kawasan berkenaan. – BERNAMA

Tags: mati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd