Saturday, February 24, 2024

Creating liberating content

RM24 Juta Selenggara Rumah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan meluluskan peruntukan lebih RM24 juta melalui Program...

Muhyiddin Harap Isu 1MDB...

PUTRAJAYA - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap isu 1Malaysia Development...

MB Perak Bertopang Ke...

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disahkan mengalami jangkitan...

Orang Ramai Minta Timbang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta mempertimbang semula keputusan membatalkan projek Laluan 3 Transit...

Stail Mahathir, Najib Bagai ‘Langit Dengan Bumi’

DALAM kalangan ahli-ahli politik, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa boleh dianggap antara yang paling ‘otai’ memandangkan beliau sudah masuk politik dan kabinet sejak zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir lagi.

Maka beliau boleh dianggap antara yang paling layak membuat perbandingan di antara Mahathir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam program “Anda tanya, kita jawab” di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook pada Rabu, Annuar mendedahkan perbezaan sikap kedua-duanya ibarat langit dengan bumi.

“Waktu saya dalam kabinet Mahathir dulu, dia juga sangat dibenci oleh beberapa pihak sehingga ada yang menggelarnya firaun, diktator dan sebagainya. Pada masa itu saya tengok cara Mahathir. Sekarang saya lihat Najib sudah memperbaiki apa yang dia lihat lemah atau tak elok pada zaman Mahathir.

“Masa zaman Mahathir, kebanyakan projek tidak dibuat berdasarkan rancangan yang telus macam zaman Najib. Contohnya transformasi ekonomi, rasionalisasi subsidi, satu demi satu Najib jelaskan kepada rakyat dan laksanakan.

“Masa Mahathir, tidak. Benda itu tiba-tiba berlaku. Saya masih ingat semasa nak buat Twin Tower, pada satu hari masuk satu kumpulan bagi briefing ke kabinet. Design semua dah siap. Kita Menteri-menteri itulah kali pertama tengok. Tetiba dah nak buat.

“Saya tengok cara Najib lebih liberal, terbuka dan sistematik. Malah kita tengok keputusannya lebih baik dari zaman Mahathir. Pertumbuhan ekonomi, pelaburan luar negara dan kestabilan dalam parti serta proses amalan demokrasi dalam parti lebih baik.

“Sekarang ini walaupun saya tidak ada dalam kabinet, tetapi sebagai pegawai parti, saya ikuti dengan dekat dasar-dasar kerajaan. Saya nampak satu kelebihan Najib. Dia sangat menekankan kepada touching the base dan benda-benda yang dia buat, sentuhannya direct kepada rakyat. Itu yang mendorong dia merasionalisasikan subsidi am dan subsidi sasar.

“Saya tengok Najib prihatin kepada golongan yang kurang berkeupayaan. Mahathir dulu agak kedekut sedikit. Di lebih banyak tengok kepada pengswastaan dan benda besar-besar daripada ekonomi rakyat. Tapi Najib menekankan ekonomi negara mesti disokong dengan ekonomi rakyat,” katanya.

Turut serta sebagai panel dalam program “Anda tanya kita jawab” itu ialah Pakar Strategis Geoppolitik UTM, Prof. Madya Dr. Azmi Hassan dan Presiden Yayasan Media Hebat, Datuk Seri Dzulkarnain Taib.

Annuar sungguhpun begitu, mengakui kelebihan Mahathir ialah, dia cukup pandai menguasai persepsi setiap kali dia membuat perubahan politik.

“Waktu sokong Anwar, dia cipta persepsi untuk tolak Datuk Suhaimi Kamaruddin (bekas Ketua Pemuda UMNO). Waktu dia nak tolak Tengku Razaleigh pun dia cipta macam-macam persepsi. Waktu dia nak tolak Anwar pun begitu. Berterusan saya perhatikan. Saya tengok cara Mahathir membina persepsi, ia sangat fokus dan sehingga ke ekstrim.

“Contohnya dia menuduh Najib curi RM2.6 billion walaupun dia tahu benda itu tak benar. Tetapi kerana dia nak membina persepsi, dia sanggup “hit below the belt” dan buat tindakan ekstrim supaya persepsi itu melekat. Mahathir konsisten serang Najib sahaja. Akhirnya dari satu satu sudut, dia berjaya mencapai matlamat untuk membina persepsi buruk terhadap Perdana Menteri yang dia cuba nak jatuhkan,” kata Annuar.

Menurut Annuar lagi, Mahathir juga adalah antara faktor utama pembangkang kurang mendapat sambutan dari rakyat.

“Faktor turning point pembangkang tidak begitu diterima ialah menamakan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri semula. Ia menimbulkan tandatanya di kalangan rakyat. Saya percaya ada permainan di belakang oleh DAP sebab parti itu percaya mereka boleh berkuasa kalau politik Melayu berpecah.


“Ini kerana DAP dah ada fixed deposit 40-50 kerusi yang ia rasa mesti menang. Macam mana dia nak dapat tambahan ialah dengan memecahbelahkan. DAP nak guna Mahathir untuk kepentingan parti mereka supaya ia kekal sebagai ketua pembangkang yang nak jadi kerajaan kemudian.

“Mahathir pula saya lihat sebagai orang yang tidak ada pilihan banyak. He (Mahathir) is a desperate person. Dia punya pertelingkahan dengan Najib tetapi kerana nak mengalahkan Najib dia nak cari sekutu nampak yang boleh bagi sokongan adalah DAP, PKR dan Anwar Ibrahim.

Jadi dia terpaksa U-Turn kerana mahu sokongan untuk menjayakan agenda peribadinya.

“Mahathir karektor dia “all powerful”. Dia masuk dalam PPBM sekarang, akar umbi dia tak peduli, dia jalan saja. Muhyiddin tak tahu kemana, ahli majlis tertinggi entah ke mana,” tambah Annuar lagi.

Annuar turut mendedahkan beliau didatangi oleh beberapa ahli PPBM baru-baru ini yang menyuarakan hasrat untuk membubarkan bahagian mereka yang dipimpin oleh orang yang tinggi dalam parti itu.

“Saya tanya kenapa? Dia kata kami duduk dalam PPBM tak ada sesiapa peduli pun suara kami. Semuanya datang dah siap. Jadi saya teringat masa saya duduk bawah Mahathir dulu memang karektor dia begitu.

“Superiority complex dia (Mahathir) tinggi dan dia buat benda orang semua kena ikut. Karektor yang sebegini menguasai PPBM dan karektor itu juga mendorong dia untuk menguasai Anwar Ibrahim. Pada masa yang sama dia gunakan DAP tetapi sebenarnya DAP yang nak guna dia.

Marriage of convenience ini satu formula politik yang paling bahaya kalau dibandingkan dengan yang dulu-dulu,” kata Annuar lagi.

Annuar turut meluahkan keyakinan bahawa pembangkang sudah mula tidak mendapat sambutan rakyat kerana tindakan-tindakan mereka sudah mencapai ke tahap melampau.

“Bila melampau you overkill. Contohnya mereka menuduh Najib mencuri, kalau pergi Amerika Syarikat kena tangkap; Najib berbohong, ambil duit dari kerajaan Arab. Kemudian rakyat tengok Najib pergi Saudi diberi penghormatan sampai masuk ke makam rasul. Perdana Menteri pergi Amerika pula tak serupa dengan gambaran diberikan. Rakyat melihat sendiri bagaimana dia diberi sambutan dan sokongan.

“Keghairahan pembangkang mungkin kerana dendam, atau peribadi jadi dia overkill. Bila overkill orang hilang kepercayaan. Itu sebab pembangkang sekarang kurang dapat sambutan,” jelas Annuar lagi. – MYNEWSHUB.CC/Agenda Daily

Kategori