• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tahan Semula 2 Pegawai Kereta Api Sabah

oleh Ahmad Albab
01/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Dua individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah projek kereta api Sabah dan dibebaskan dengan jaminan semalam ditahan semula pada hari sama berhubung kes baharu membabitkan nilai RM56 juta, demikian menurut sumber.

Sumber berkenaan berkata mereka ditahan semula antara tengah hari dan 3 petang semalam di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selepas suruhanjaya itu menerima laporan akan perkembangan baharu tersebut ketika timbalan pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) berusia 58 tahun dan jurutera berusia 39 tahun terbabit direman sejak 23 Jan.

Bagaimanapun, Majistret Stephanie Sherron Abbie menolak permohonan SPRM untuk perintah reman baharu terhadap kedua-dua suspek di sini hari ini dan mereka kemudian dibebaskan.

Permohonan reman baharu itu dibuat oleh Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Faliq Basiruddin manakala kedua-dua pegawai terbabit diwakili peguam Sugumar Balakrishnan dan Edward Paul.

Kedua-dua suspek terbabit antara empat individu yang dibebaskan dengan jaminan semalam.

Dalam pada itu, Stephanie melanjutkan tempoh reman dua hari lagi terhadap suspek kelima dalam kes itu, seorang kontraktor berusia 60 tahun yang tempoh reman lima harinya tamat hari ini.

Dua lagi yang masing-masing merupakan penolong jurutera di jabatan itu direman lima hari bermula semalam.

Setakat ini SPRM menahan tujuh orang, lima merupakan kakitangan JKNS sementara dua lagi kontraktor, bagi membantu siasatan dakwaan rasuah melibatkan projek kereta api di negeri ini sejak 2011.

SPRM juga dilaporkan telah menyita wang tunai kira-kira RM1.6 juta dan membekukan akaun di beberapa buah bank dengan simpanan berjumlah RM5.3 juta bersabit kes itu. – BERNAMA

Tags: pegawaiSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd