• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPNB Aspirasi Bangunkan 1,004 Unit Rumah Bandar

oleh AK-47
23/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Unit Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), SPNB Aspirasi Sdn Bhd akan membina 1,004 unit rumah bandar di KotaSAS, di sini melibatkan nilai pembangunan kasar RM297 juta dalam tempoh lima tahun.

Pengerusi SPNB Aspirasi, Ahri Hashim berkata projek Rumah Aspirasi Rakyat itu dilaksanakan​​​​​​​ susulan​​​​​​​ Memorandum Persefahaman yang ditandatangani antara pihaknya dengan KotaSAS Sdn Bhd.

“Rumah mampu milik itu akan dibina di kawasan seluas 18 hektar, dijual pada harga setiap unit bermula RM240,000 sehingga RM260,000 dengan keluasan binaan 24 x 70 (156 meter persegi) dan 26 x 70 (169 meter persegi).

“Kami membina rumah bandar ini untuk memenuhi permintaan warga Kuantan yang lebih suka memiliki hartanah bertanah dan kami yakin projek ini mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan bandar baharu KotaSAS ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Bangunan Tanah Makmur dan galeri jualan KotaSAS yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini.

Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan​​​​​​​SPNB Datuk Ahmad Azizi Ali serta Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Aspirasi Hisham Ahmad.

Ahri berkata, antara tumpuan menarik di kawasan perumahan yang bakal dibangunkan itu termasuk pusat pentadbiran baharu kerajaan negeri dan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Beliau berkata, selain pembangunan di Kuantan, SPNB Aspirasi juga sedang melaksanakan projek lain di seluruh negara termasuk Aspire Residence di Cyberjaya, Selangor; Pojek Taman Sutera Wangi Fasa 3 Melaka dan Projek Metro Maya di Perak. – BERNAMA

Tags: Ahri HashimSPNB Aspirasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd