• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Soros Derma RM2.1 Juta, Bantah Brexit

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Hartawan George Soros menderma AS$554,840 (RM2.1 juta) menerusi yayasan miliknya kepada kumpulan kempen yang berusaha untuk sekat Brexit, kata pengerusi kumpulan itu semalam.

“Yayasan George Soros bersama sejumlah lagi penderma utama turut menyumbang untuk kerja kami,” kata bekas diplomat British, Mark Malloch-Brown yang juga pengerusi kumpulan kempen Best for Britain.

Best for Britain menyasarkan untuk menghentikan Brexit dan mengadakan semula pungutan suara 2016 mengenai keanggotaan Kesatuan Eropah (EU).

Sumbangan Soros kepada kumpulan itu, pertama kali dilaporkan dalam akhbar Daily Telegraph.

Penentang Brexit melihat usaha meninggalkan EU sebagai kesilapan terbesar dalam sejarah pasca Perang Dunia Kedua British dan khuatir ia akan menjejaskan pengaruh kewangan dan politik yang masih ada di Britain.

Menerusi pungutan suara United Kingdom (UK) pada 2016, 51.9 peratus, atau 17.4 juta orang mengundi untuk meninggalkan EU manakala 48.1 peratus, atau 16.1 juta orang, mengundi untuk kekal.

Perdana Menteri, Theresa May berkata Britain akan meninggalkan EU pada 29 Mac 2019 dan tidak akan ada lagi pungutan suara, walaupun penentang Brexit mahukan undian lain.

Seorang jurucakap Soros enggan mengulas lanjut ketika dihubungi media. – Reuters/BH ONLINE

Tags: brexitGeorge Soros
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Britain Dapat Kelulusan Keluar EU

30/01/2020
0

BRUSSELS - Parlimen Eropah memberi kelulusan kepada Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU), sekali gus membuka jalan bagi negara itu...

Britain Ratifikasi Perjanjian Brexit

23/01/2020
0

LONDON - Selepas beberapa tahun tertangguh, wakil rakyat Britain semalam akhirnya meluluskan syarat pemisahan bersejarah negara itu dengan Kesatuan Eropah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd