• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sisi Gelap ‘Skuad Berahi’ Korea Utara

oleh Haris
26/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASTI ramai sedia maklum bahawa Sukan Olimpik Musim Sejuk sedang berlangsung di Pyeongchang, Korea Selatan sejak 9 Februari lalu dan akan berakhir hari ini.

Kali ini, tumpuan rakyat Malaysia terhadap sukan Olimpik musim sejuk ini sedikit berbeza berbanding temasya tahun-tahun yang lalu memandangkan dua atlet negara turut bertanding dalam kejohanan kali ini.

Atlet peluncur ais negara, Julian Yee dan peluncur alpine ski, Jeffrey Webb berjaya layak ke temasya Olimpik musim sejuk sekaligus menjadikan penyertaan Malaysia buat kali pertama di kejohanan itu.

Turut menarik perhatian seluruh dunia ialah penyertaan Korea Utara ke dalam Olimpik kali ini memandangkan ia dijalankan di ‘kandang musuh’ mereka iaitu di Korea Selatan.

Selain atlet Korea Utara yang bertanding, turut mencuri tumpuan adalah pasukan sorak negara tersebut yang meriah dengan cara sorakan yang seragam dan berdisiplin.

Bagaimanapun, terdapat ‘sisi gelap’ dalam kemeriahan dan semangat patriotik yang ditunjukkan oleh pasukan sorak negara tersebut.

Ini berikutan beberapa bekas ahli pasukan sorak rasmi Olimpik Korea Utara tampil dengan pengakuan bahawa mereka telah dipergunakan sebagai hamba seks bagi memenuhi nafsu pegawai-pegawai tinggi rejim Kim Jong-un.

Lapor Bloomberg News, pasukan yang juga dikenali dengan nama ‘Skuad Berahi’ dikatakan terpaksa melakukan aksi seks terhadap pemimpin parti ketika menghadiri upacara Olimpik.

Menurut Lee So-yeon, seorang warga Korea Utara yang pernah berkhidmat sebagai ahli muzik dalam pasukan tentera di bawah rejim Kim Jong-un mendedahkan ramai di antara mereka masih trauma selepas melalui mimpi ngeri itu.

“Pasukan ini akan dihantar ke acara-acara Olimpik untuk melakukan persembahan. Tetapi di sebalik itu, mereka juga dipaksa hadir ke majlis dan parti untuk memberikan khidmat seks.

“Selain itu, kepimpinan pusat atau Central Politburo akan mengadakan majlis setiap hari dan wanita-wanita ini kehendaki hadir dan dipaksa tidur bersama.

“Wanita-wanita ini akan disuruh menanggalkan pakaian dan dilayan seperti objek. Mereka tidak berhak bersuara dan hanya lakukan apa yang disuruh,” kata So-yeon.

So-yeon kini menetap di Korea Selatan selepas melarikan diri daripada negara tersebut pada 2008.

Tambahnya, kriteria yang diperlukan untuku menyertai pasukan ini adalah mereka sekurang-kurangnya berketinggian 160cm dan mempunyai rupa yang cantik.

Tambahnya, pegawai yang dilantik untuk ke temasya tersebut akan memerhatikan gerak-geri wanita-wanita ini sepanjang masa, walaupun untuk ke tandas.

So-yeon kini menerajui Kesatuan Wanita Korea Baru, satu kumpulan yang membantu ‘pembelot’ wanita memulakan hidup baru di Korea Selatan serta turut memberikan bantuan kesihatan bagi mereka yang memerlukan.

Bagi mereka yang menyertai pasukan sorak ini, lazimnya selepas bersara, mereka akan bekahwin dengan pengawai elit dan kadangkala dibayar untuk menutup mulut mereka.

Dikhabarkan isteri Kim Jong-un, Ri Sol-ju juga pernah menyertai barisan pasukan jelitawan berkenaan sebelum ini.

Bagi temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk kali ini, sebahagian besar daripada delegasi 280 anggota Korea Utara yang dihantar merupakan pasukan sorak, untuk ke negara jiran mereka. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Kim Jong-unKorea Utara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kereta Peronda Polis Terbabas Kejar Suspek

Next Post

LHDN Anjur Program Fit Hasil 2018

Related Posts

Korea Utara Lancar 190 Belon Sampah Ke Korea Selatan

Korea Utara Lancar 190 Belon Sampah Ke Korea Selatan

07/09/2024
0

SEOUL : Korea Utara melancarkan kira-kira 190 belon yang dipenuhi kertas dan sisa lain ke arah Korea Selatan dan kebanyakannya...

Kes Jenayah Penipuan Dalam Talian Meningkat

Jong-un Terima Hadiah ‘Istimewa’ Dari Russia

17/09/2023
0

MOSCOW: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menerima lima dron bahan letupan, dron peninjau dan jaket kalis peluru sebagai hadiah daripada...

Next Post

LHDN Anjur Program Fit Hasil 2018

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd